
Jenama mewah kontemporari, Amber kini memperkenalkan Amber Oasis Abaya, iaitu koleksi edisi terhad yang merangkumkan ‘siluet avant‑garde’ dengan sentuhan warisan Muslimah.
Keseluruhan rangkaian menekankan identiti Amber sebagai peneraju busana modest berkelas tinggi di Malaysia, dengan menampilkan empat jenis abaya iaitu Madeena, Arora, Jumaira dan Sahara.
Harga bermula daripada RM199 untuk Sahara hingga RM329 bagi Madeena, setiap helaian disulam perincian eksklusif, ditawarkan dalam palet lembut baby blue, maroon dan gold hingga rona berani midnight blue dan copper brown.
Setiap rekaan dihadkan kepada 500 unit sahaja, lengkap dengan kotak hadiah berlapik sutera, sijil keaslian bernombor dan e‑pass pratonton di Kuala Lumpur Fashion Week 2025, September depan.
Malah difahamkan, kesemua koleksi berkenaan menerima reaksi yang baik pelanggan dan ia sudah pun hampir habis terjual!
Tiga Ikon Sebagai Wajah Kempen
Pelancarannya pada Rabu lalu di GlassHouse Seputeh, Kuala Lumpur turut diserikan dengan perlantikan pelakon iaitu Nora Danish, Amira Othman dan Amyra Rosli sebagai wajah wakilan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, Amber bukan sekadar jenama, tetapi ia adalah lambang kepada keyakinan dan keanggunan wanita Muslimah moden.
“Kerjasama kami bersama tiga selebriti ini bukan sekadar kempen pemasaran, tetapi adalah usaha strategik untuk mendekatkan jenama dengan pengguna yang mengidolakan mereka.
“Nora Danish yang sinonim dengan gaya sofistikated mewakili kemewahan Madeena, Amira Othman berpersonakan aura feminin Jumaira manakala Amyra Rosli menzahirkan sisi berani dan moden Arora.
“Kesemua figura ini mencerminkan nilai elegan, yakin dan menghormati gaya hidup Muslimah kontemporari yang dibawa jenama ini,” katanya.
Eksklusif & Terhad!
Selain potongan versatil Sahara yang paling mampu milik, daya tarikan terbesar koleksi ini terletak pada perincian kemasan premium serta peluang menyertai majlis pratonton eksklusif di KL Fashion Week sebagai nilai tambah pembelian.
Dengan kombinasi rekaan kontemporari, warisan Islami dan strategi pemasaran berwajah selebriti, Amber sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai jenama pilihan wanita Muslimah yang mendambakan busana mewah, anggun dan selesa.
Terdahulu pada majlis sama, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah turut membuat penampilan menghiburkan tetamu menerusi beberapa buah lagu, selain pertunjukan fesyen bagi koleksi berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.
@mediahiburanofficial Penampilan Nora Danish, Amyra Rosli dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan di pelancaran Amber Oasis Abaya Collection, hari ini. Cantik koleksinya! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI