Idea Live Arena, arena tertutup terbesar yang terletak dalam pusat beli-belah di Malaysia, kini dibuka secara rasmi. Terletak di pusat beli-belah 3 Damansara.

Ia mampu memuatkan sehingga 7,000 penonton dan dilengkapi sistem teknikal terkini sesuai untuk konsert, pameran serta pelbagai acara berskala besar.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pelancaran arena ini selari dengan pengumuman insentif Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“Kita mengalu-alukan fasiliti begini, bukan saja dari sudut hiburan, malah pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan hiburan serantau,” ujarnya.

Kemudahan Bertaraf Dunia

Arena ini dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM40 juta yang melibatkan kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian dan pemasangan sistem audio, pencahayaan serta visual bertaraf dunia.

Ads

Ia menawarkan sehingga 5,000 tempat duduk atau 7,000 tetamu dalam susunan campuran duduk dan berdiri.

Tambah Azmir, sambutan terhadap Idea Live Arena sangat menggalakkan.

“Saya dikhabarkan walaupun hari ini hari pelancaran Idea Live Arena, tempahan sudah penuh sehingga hujung tahun.

Ads

Seperti mana kita menggalakkan penonton menonton filem di pawagam, kita juga mahu mereka menikmati muzik di lokasi yang kondusif,” katanya.

Arena ini turut menampilkan ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis serba lengkap serta lima kotak VIP mewah bagi menjamin keselesaan penganjur dan penonton.

Idea Live Arena, Lokasi Konsert Dalam Pusat Beli-Belah Terbesar Malaysia Rasmi Dilancar Idea Live Arena, Lokasi Konsert Dalam Pusat Beli-Belah Terbesar Malaysia Rasmi Dilancar Idea Live Arena, Lokasi Konsert Dalam Pusat Beli-Belah Terbesar Malaysia Rasmi Dilancar

Ads

Sokongan Padu Industri & Lonjakan Pelancongan Budaya

Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing dan diserikan dengan persembahan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.

Dengan kelengkapan berkelas antarabangsa, kewujudan arena ini dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta menyumbang kepada peningkatan trafik pelawat, khususnya di Petaling Jaya.

Lokasi strategiknya dalam pusat beli-belah turut menjadikan ia elemen penting dalam menyokong kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan pilihan di rantau ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI