Penyanyi dan pengacara asal Singapura, Roslan Shah meluahkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah-curah sejak kembali berbaik dengan penyanyi sensasi, Ifa Raziah.
Terbaharu, kedua-dua mereka bakal tampil bersama di dalam sebuah persembahan khas sempena Hari Ibu, Raikan Bersama Ibu Tercinta.
“Alhamdulillah, tahun ini sangat bermakna kerana sejak kami berbaik, saya dan Ifa mendapat tawaran untuk membuat persembahan sempena Hari Ibu.
“Kami percaya, apabila sudah berdamai dan tidak lagi bermusuhan, rezeki akan sentiasa mengalir. Lagipun, tidak elok kami terus bergaduh sedangkan kami berkawan baik selama ini.
“Seeloknya kami saling bermaaf-maafan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya serta mencari rezeki bersama.
“Insya-Allah, saya dan Ifa bakal mengeluarkan single duet tidak lama lagi, tetapi fokus kami sekarang adalah persembahan sempena Hari Ibu yang bakal berlangsung di Fame by Dads Corner, Singapura, hari ini,” katanya lagi.
Ads
Menurut Roslan, selepas hubungan mereka kembali jernih, dia turut menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah bersama Ifa tahun ini.
“Saya ada berbincang dengan Ifa untuk menunaikan ibadah umrah tahun ini dan harapnya menjadi kenyataan.
“Saya sebenarnya sangat gembira apabila peminat di Malaysia dan Singapura teruja melihat kami berbaik dan berkongsi satu pentas bersama.
Ads
“Jadi kalau boleh, di usia begini saya mahu jaga hubungan kami sebaik mungkin dan melakukan perkara yang baik bersama-sama termasuk menunaikan umrah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Roslan yang turut mesra disapa Cik Lan turut menambah, peminat memberikan sambutan positif terhadap kolaborasi istimewa mereka dalam persembahan sempena Hari Ibu itu.
Ads
“Sebenarnya, ini kali pertama kami disatukan dalam sebuah persembahan sempena Hari Ibu. Tak sangka cadangan saya kepada penganjur disambut baik.
“Malah, saya juga menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang ingin menyaksikan persembahan kami.
“Persembahan ini akan menjadi detik yang diingati kerana ada segmen tangisan air mata. Nak tahu apa yang bakal berlaku, kena datang,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya bersemuka dan saling bermaafan selepas tujuh tahun bersengketa berhubung beberapa dakwaan tak berasas yang sekali gus mencetuskan konflik antara mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kembali beransur sihat selepas diserang angin ahmar pada 10 November lalu, pelakon, Esma Daniel menyifatkan kesempatan yang ada kini menjadi nikmat terbesar di dalam hidupnya.
Menurut Esma, dia kini sudah boleh kembali berlari dan menjalani rutin harian seperti biasa.
“Selepas seminggu saya diserang strok, pada hari ini, saya dapat semula berlari dan menikmati kehidupan.
“Isteri saya berkata pada saya, Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak tapi Allah telah berikan apa yang kita perlukan,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Menerusi foto tersebut juga, bintang drama Kerana Aku Isteri Bidaan itu dilihat telah berjaya menamatkan acara larian yang dianjurkan oleh sebuah jenama pakaian sukan terkenal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Esma sentiasa kekal sihat.
“Kisah yang memberikan inspirasi. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada orang yang tak pernah mengalah.
“Alhamdulillah. Semoga terus kekal sihat Abang Esma.
“Semoga sihat selalu.
“Terinspirasi dengar kisah abang. Tahniah brother,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di aplikasi Facebook pada Ahad, Esma memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital selepas dia mendapati tangan kirinya sukar untuk bergerak dan struktur mukanya turut berubah.
Lantaran itu, Esma dilaporkan terpaksa menjalani prosedur trombektomi endovaskular di bahagian kepala untuk mengeluarkan darah beku sebanyak 3mm.
Selepas empat hari menerima rawatan secara intensif, Esma telah pun dibenarkan keluar daripada hospital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelbagai kejadian bencana alam yang melanda negara dan dunia sejak akhir-akhir ini telah membuka mata ramai pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil kesedaran di atas ujian yang menimpa.
Lalu ramai yang menyatakan pendapatnya berhubung isu berkaitan termasuk pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang melayangkan luah rasanya.
Bintang terkenal ini menggesa semua meningkatkan tahap kesedaran mengenai alam sekitar, lebih-lebih lagi apabila negara sedang dilanda bencana alam.
“Sejak kebelakangan ini macam-macam kejadian berlaku di sekeliling kita. Bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
“Bencana demi bencana melanda, benarlah bagai dikata, dunia semakin uzur.
“Bukan saja manusia boleh tenat, dunia juga menghadapi proses yang sama. Tiba masanya kita tingkatkan kesedaran, perbetulkan ekosistem yang memudaratkan.
“Sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang, kita cari jalan penyelesaian melalui segala bentuk pendekatan untuk meringankan beban bumi yang semakin memberontak.
“InsyaAllah kita masih boleh berubah. Moga Allah lindungi kita semua, jangan berhenti berusaha, jangan pernah berhenti berdoa.Jom ubah demi kebaikan,” kongsinya.
Erra menitipkannya menerusi salah satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian sama, Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 48, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.
“Salam takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali serta mereka yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.
“Semoga mangsa-mangsa diberi kekuatan dan kesabaran.Moga musibah ini diganti dengan kebaikan serta rahmat Allah.Amin,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar meluah rasa lega selepas dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Menurut Misha, ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Misha turut mengingatkan ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bila berhadapan dengan situasi serupa.
“Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan Kak Mitch semua, hati-hati ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Misha turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah membantunya untuk mendapatkan kembali akaunnya itu.
“Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya. You know who you are!,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Misha dijangka bakal membuat persembahan di Anugerah Meletop 2022 yang bakal berlangsung malam nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.