Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima selebriti Indonesia, Syahrini, dalam sebuah acara yang berlangsung di Cannes, Perancis, baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta, organisasi itu tidak mempunyai kaitan dengan acara berkenaan dan tidak mengiktiraf sebarang penganugerahan yang dikatakan mewakili badan dunia tersebut.

“Walaupun individu yang dikaitkan dengan acara itu mungkin merupakan UNESCO Artist for Peace dalam kapasiti peribadi atau simbolik, acara tersebut bukan merupakan satu bentuk pengiktirafan rasmi daripada UNESCO,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Syahrini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan dan beberapa gambar di media sosial, mendakwa menerima anugerah daripada UNESCO melalui platform Listen To Her Parole dan Princess Charleen Fondation.

Ads
UNESCO Nafi Terlibat Anugerah Diterima Syahrini di Cannes
Kredit foto: Instagram Syahrini

BACA JUGA: Syahrini Selamat Melahirkan Anak Sulung Pada Hari Jadinya Ke-44

Menerusi hantaran tersebut, Syahrini dilihat memegang sebuah trofi yang tertera logo UNESCO serta nama Guila Clara Kessous, seorang UNESCO Artist for Peace, bersama nama Fondation Princess Charlene de Monaco.

Ads

Turut dimuat naik ialah poster acara yang tertera tulisan ‘Cannes Award is Presented to Mrs Syahrini for Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact’, bersama logo United Society Council.

Ads

“Saya sangat bangga menerima anugerah yang berprestij dan luar biasa daripada UNESCO melalui platform ‘Princess Charleen Fondation & Listen To Her Parole’,” tulis isteri kepada Reino Barack itu di ruangan kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram peribadi pada 16 Mei lalu.

Bagaimanapun, kenyataan rasmi UNESCO itu menimbulkan persoalan terhadap kesahihan pengiktirafan yang diterima oleh Syahrini, selain mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI