
Anak kepada pelakon senior Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi sahut cabaran apabila terpilih melalui sesi uji bakat ‘Top 100’ program nyanyian realiti terbaharu, Raise The Star, minggu lalu.
Mengharapkan agar dirinya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya, pelakon dan penyanyi ini akui dia ambil semangat isteri yang baru saja ‘berjuang’ bersalin anak kedua mereka, lebih minggu lalu.
Sudah Dua Anak
“Saya pun sudah dikurniakan dua cahaya mata. Jadi kena usaha (cari rezeki) lebih lah. Rasa saya untuk situasi sekarang, kebanyakan daripada kita pun tengah usaha untuk ke arah yang lebih baik.
“Apa pun, saya percaya untuk kita cakap sesuatu kejayaan itu kita kena lalui jalan yang berliku,” katanya ketika ditemui sejurus selesai uji bakat tertutup Raise The Star di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.



Bawa Semangat Isteri
Tidak mahu terus dibayangi kejayaan lama, meski pernah menjuarai sebuah program realiti TV dan memenangi wang tunai RM100,000 dulu, Fareez sanggup mengetepikan ego dan memulakan semula langkahnya.
Demi masa depan isteri dan anak-anak, rasa malu dan segan itu dibuang jauh. Satu penghormatan buat lelaki yang memilih untuk terus berjuang, bukan berundur.
“Memang, saya ambil semangatnya untuk ke sesi uji bakat ini. Kalau isteri boleh hadap untuk potong perut (bersalin), mengapa tidak saya untuk balasnya dengan berikan yang terbaik,” katanya lagi.
@mediahiburanofficial Anak kepada pelakon senior Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi sahut cabaran apabila terpilih melalui sesi uji bakat ‘Top 100’ program nyanyian realiti terbaharu, Raise The Star. Mengharapkan agar dirinya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya, pelakon dan penyanyi ini akui dia ambil semangat isteri yang baru saja ‘berjuang’ bersalin anak kedua mereka, minggu lalu. Tidak mahu terus dibayangi kejayaan lama, meski pernah menjuarai sebuah program realiti TV dan memenangi wang tunai RM100,000 dulu, Fareez sanggup mengetepikan ego dan memulakan semula langkahnya. Demi masa depan isteri dan anak-anak, rasa malu dan segan itu dibuang jauh. Satu penghormatan buat lelaki yang memilih untuk terus berjuang, bukan berundur. Salute! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Angel’s Healing Whisper – D.ai.GO
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI