Penyanyi popular Indonesia, Syahrini berkongsi kepada umum yang dia sudah selamat melahirkan anak sulungnya pada Khamis, 1 Ogos 2024.
Menjadikan kelahiran itu lebih manis, tanggal 1 Ogos juga merupakan hari jadi penyanyi yang popular dengan lagu Kau Yang Memilih Aku itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, isteri kepada Reino Barack itu menyatakan bahawa anak sulungnya itu yang digelar Princess R dilahirkan di Singapura.
“MasyaAllah, Bismillahirrahmanirrahim. Singapura,1 Ogos 2024. Menyambut kehadiran si kecil berharga kami pada hari jadi saya,” tulisnya ringkas.
Ads
Manakala di dalam satu hantaran terbaru di Instagram pula, pemilik nama penuh Rini Fatimah Zaelani itu memanjatkan rasa kesyukuran atas kelahiran cahaya matanya itu.
“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.
Ads
“Penantian panjang yang berhujung indah, pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izinmu.
Ads
“Terima kasih untuk suamiku yang luarbiasa memanjakan dan sentiasa siap mendampingi. Selamat datang ke dunia ayah imam terbaik Reino Barack,” tulis Syahrini panjang.
Syahrini yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Reino Barack, 40, pada tahun 2019. Perkahwinan mereka lima tahun lalu dilangsungkan di Masjid Tokyo Camii yang merupakan masjid terbesar di Tokyo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Harapan Malaysia malam ini untuk memperoleh pingat pertama Sukan Olimpik 2024 lebur apabila Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kecundang di penentuan pingat gangsa sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit itu, bekas Juara Sukan Komanwel 2022 itu tewas dengan mata 11-21,11-21 kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.
Beregu Jepun yang merupakan pemenang dua kali kejuaraan dunia itu dilihat mengawal rentak perlawanan sejak mula dan tidak meninggalkan ruang buat Pearly dan Thinaah untuk bangkit memintas.
Walau apapun, pujian harus diberikan terhadap semangat juang yang ditonjolkan beregu wanita negara ini.
Mereka sendiri sudah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara yang berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Komanwel sejak acara tersebut diperkenalkan kita-kira 30 tahun lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, spekulasi mendakwa rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 2,500 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga sekaligus melancarkan buku Pesona Kebaya-Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Ahad lalu.
Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia yang juga pereka feysen, Jonathan dan Farel Mikhail.
Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara FM Group, mereka menyifatkan kesudian Sultanah Nur Zahirah yang berkenan merasmikan program anjurannya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.
“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.
“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.
“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.
“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.
Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2dan 3 Ogos lalu di lokasi sama.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani dinobatkan sebagai juara, Rashid Moshi naib juara dan UiTM (tempat ketiga).
Selain hadiah utama, ICFW turut mengumumkan barisan pemenang bagi 10 kategori lain iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut diumumkan ialah pemenang bagi kategori Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedangmencipta nama dan tahun ini, mekanismenya sedikit berbeza.
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video...