Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kebelakangan ini dilihat tidak lokek memuat naik kandungan berkenaan menu masakan yang disediakannya menerusi media sosial.

Paling mencuri perhatian ialah menu sambal sotong yang sekaligus menjadi sorotan warganet.

Malah, Ira juga ada berkongsi beberapa menu masakan di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video-video yang dimuat naik, Ira menggunakan suaranya dalam menunjukkan langkah-langkah memasak menu yang terbabit.

@irakazar_ Baked Potato Beef Recipe 🥔 #BakedPotato #CapCut ♬ original sound – Ira Kazar

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi reaksi positif terhadap apa yang dikongsi dan tidak kurang yang memuji suara Ira yang disifatkan sebagai sedap didengar.

IKLAN

“Kenapa Semua Komen Murni?,” – Netizen Persoal Respon Positif, Hakikatnya Ramai Suka Suara ‘Voice Over Masak’ Ira Kazar “Kenapa Semua Komen Murni?,” – Netizen Persoal Respon Positif, Hakikatnya Ramai Suka Suara ‘Voice Over Masak’ Ira Kazar

“Dari IG Story park ke sini. Semata nak dengar suara je,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Comel je la korang ni,” jawab ringkas Ira sambil disertakan emoji ketawa.

“I love to hear your voice and the good ways of explanation’s from you,” tulis pengguna lainnya.

IKLAN

“So nice of you,” jawab Ira.

Malah tak kurang yang bertanya susulan kebanyakan komen yang terpapar adalah yang baik-baik.

“Kenapa Semua Komen Murni?,” – Netizen Persoal Respon Positif, Hakikatnya Ramai Suka Suara ‘Voice Over Masak’ Ira Kazar

IKLAN

“Mengapa semua komen murni?,” tanya peminat.

“Sebab ramai lagi orang baik-baik,” jelas ira.

Sehingga kini, video masakan yang dikongsikan di platform tersebut sudah pun menerima lebih 1.1 juga tontonan bersama ratusan komen yang tinggalkan pengguna TikTok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI