Selepas hampir 32 tahun berkarya, kumpulan muzik popular tanah air, Exists buat julung kalinya bakal mengadakan konsert bersama kumpulan orkestra penuh yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023.
Menurut pemain gitar utama, Along, konsert yang diberi nama Exists x Orkestra ini bakal memberikan kepuasan bukan sahaja untuk ahli kumpulan tetapi juga buat para peminat.
Pada masa sama, konsert ini turut
disertakan dengan program amal dimana sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada artis-artis veteran yang bernaung di bawah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Sementara itu, keyboardist yang juga merupakan komposer terkenal, Ajai merasakan Exists kini belum bersedia untuk menghasilkan lagu baharu kerana lebih selesa untuk memberikan tumpuan terhadap konsert.
“Ketika ini merupakan fasa untuk mengadakan konsert kerana kami sudah puas dengan fasa pertama iaitu rakaman album.
“Exists sudah menghasilkan macam-macam lagu dan punyai 20 lagu yang boleh dinyanyikan bersama. Ini merupakan masanya untuk kami menikmati setiap konsert.
Ads
“Nak mengumpul seluruh anggota kumpulan ini agak susah sedikit kerana masing-masing punyai komitmen dalam kerjaya masing-masing. Kami hanya boleh berkumpul ketika konsert sahaja.
“Peminat pun masih sukakan lagu-lagu lama. Jadi, kalau nak promosikan lagu baharu, rasanya tak sempat,” katanya ketika ditemui di sidang media Exists x Orkestra baru-baru ini.
Ditanya mengenai rahsia Exists yang masih mampu bertahan dan bersahabat baik sehingga hari ini, Ajai mendedahkan rasa hormat diantara satu sama lain merupakan aspek yang paling penting.
“Kami menghormati setiap anggota. Rasa hormat itu sangat besar. Walaupun ada yang sudah keluar, hati itu tetap setia kawan. Bila bermain muzik memang tak akan bergaduh sebab semuanya nak enjoy.
Ads
“Bila semua kembali kepada Exists, pangkat kami semua sudah tiada lagi. Sama ada produser atau secessionist terbaik, kami letak tepi. Kami kembali seperti waktu kami kecil dahulu,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Along pula menambah, hubungan yang telah dibina sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
“Kami sudah bersama sejak zaman persekolahan lagi. Hubungan kami sudah sebati. Kami tiada isu yang remeh temeh. Kita pernah sudah senang bersama. Makan mee segera setahun pun pernah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pemain bass Exists, Musa pula mendedahkan sepak terajang yang telah mereka lalui selama tiga dekad ini telah mematangkan mereka sebagai sebuah kumpulan muzik.
“Kami pernah kena tipu ketika bermain muzik. Ada satu ketika, kami bawa balik kurang RM50. Kami anggap ini asam garam.
“Kalau kita ingat hal ini menghentikan langkah kita, maknanya jiwa kita tak teguh lagi. Industri muzik tak menjaminkan kesenangan tapi ia membawa kita menjelajah ke seluruh tempat,” kongsinya.
Konsert Exists X Orkestra yang dianjurkan oleh Persatuan Global Malaysia bakal berlang di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Tiket-tiket dijual pada harg RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Remy Ishak mengakui dirinya terkesan melihat insiden yang menimpa peluhan kerbau ‘Mowgli Malaysia’ yang dikatakan mati secara mengejut.
Menurut Remy, melihat keadaan tersebut, dia seakan-akan teringat kembali momennya sewaktu kanak-kanak yang gemar bermain dengan kerbau peliharaan bapa saudaranya.
sebelum maghrib kena pergi cari minah, pak ndak upah seringgit sehari untuk aku bawak minah balik & tambat depan rumah nenek. Mula2 mmg susah nak cari, tapi lama2 chemistry aku dgn minah jadi kuat.
“A love like never before, alhamdulillah.” Demikian kapsyen ringkas yang dibuat pelakon dan hos, Utaina Arshad yang selamat menyambut kelahiran anak pertamanya beberapa hari lalu.
Malah menerusi Insta Stories, bintang ini berkongsi sekeping foto tapak kaki comel anaknya buat tatapan umum.
“Thank you for choosing me to be your Mama,” coret Uyaina.
Terdahulu, pasangan selebriti ini menimang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada petang Khamis.
Suami Uyaina, Raja Syahiran memaklumkan Uyaina bersalin secara pembedahan dan bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat.
“Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.
“Baba & Mama love you so much. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” tulis Syahiran di Instagram.
Sebagai informasi, Raja Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberi dedikasi serta doanya buat permata hari, Siti Aafiyah menerusi satu entri Instagram yang dikemas kininya pada Ahad.
Sambil berdoa pada Yang Maha Esa agar puterinya itu menjadi muslimah berjaya dunia akhirat, bintang yang kini muncul dengan lagu baru berjudul 7 Nasihat itu turut mendoakan agar semua dilindungi dari COVID-19 yang kini menjadi krisis negara.
Foto yang dimuat naik merakamkan Aafiyah sedang berbaring di sejadah.
“Subhanallah.. anak ibu soleha ni.. Semoga Allah swt makbulkan doa ibu.. Semoga seluruh ahli keluargaku & orang sekelilingku di lindungi virus covid-19.
“Di perkuatkan keimanan & keberkatan dunia serta akhirat..Anakku Aafiyah sentiasa di bawah lindungan Mu ,di angkat martabatnya , di takdirkan yang baik baik hidupnya serta menjadi muslimah berjaya dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb,” tulisnya.
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya dan suaminya, Maxime Bouttier tampil menjelaskan dakwaan kononnya ijab kabul pernikahan mereka yang berlangsung di Bali pada 7 Mei...