Ads

Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia – “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.”

Bintang baharu, Azeva mengakui khilaf susulan penampilannya yang dikatakan mencolok mata menerusi beberapa babak menerusi filem debutnya, Bisikan Nafsu.

Menurut Azeva, ketika penggambaran filem tersebut dijalankan, dia baru sahaja pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Australia dan akui masih terbawa-bawa dengan pengaruh budaya luar.

Katanya, kini dia lebih menitikberatkan soal pemakaian serta sentiasa menjaga batas dalam setiap tingkah laku.

Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.” Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.”

“Sejak hari pertama penggambaran, saya tahu babak-babak seperti ini akan kekal selamanya. Jadi, saya reda sahaja. Semua orang tak dapat lari daripada melakukan khilaf.

“Lagipun, ketika sesi siaran langsung di media sosial, saya selalu mengakui yang penampilan saya dahulu agak seksi dan kerap melakukan dosa. Penggambaran itu berlaku selepas saya pulang daripada melanjutkan pengajian di Australia.

“Ketika itu, saya masih terpengaruh dengan budaya luar. Kini, saya hanya boleh meminta maaf. Lagipun kita sudah jalani penggambaran untuk filem ini. Jadi, saya kena berikan komitmen sehingga selesai.

“Ketika ini juga, saya hanya boleh bertaubat,” katanya kepada MH.

Anak kepada penerbit Datuk A. Aida itu berkata sedemikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem Bisikan Nafsu yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ads

Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.” Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.”

Dalam masa sama, Azeva turut mengulas mengenai penggunaan dialog berunsur double meaning dalam filem berkenaan yang disifatkannya sebagai salah satu elemen untuk membuatkan penonton berfikir dan tertanya-tanya mengenai maksud sebenar di sebalik dialog yang dilontarkan.

“Saya merasakan apa sahaja yang kita buat, pasti akan dikritik dan menerima kecaman. Kami merancang untuk mengadakan dialog sebegitu untuk buat penonton terfikir apakah maksud sebenarnya.

“Barulah filem itu tidak kelihatan bosan atau terlalu meleret. Jadi, saya masukkan elemen itu agar penonton cari tahu maksud di sebalik dialog berkenaan.

“Penonton pasti akan faham selepas mengetahui maksud sebenar dan apa yang terjadi,” kongsinya lagi.

Ads

Klip Tular Hanya Gimik Promosi

Malah, Azeva turut menjelaskan mengenai klip yang tular di media dan membabitkan dirinya hanyalah sebahagian daripada gimik bagi mempromosikan filem tersebut.

Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.” Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.”

“Saya faham, di Malaysia ini, hal-hal seperti ini memang sangat sensitif. Selepas anda menonton filem ini, sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Kami buat begitu supaya orang bercakap sahaja.

“Ini sasaran kami sebagai orang bisnes. Kita nak orang bercakap tentang produk kita. Penonton di luar sana kena datang tengok untuk tahu hal yang sebenar,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan hasil akhir lakonannya, Azeva merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sebagai seorang pendatang baharu dalam industri lakonan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Azeva Ulas Penampilan Mencolok Mata, Shooting ‘Bisikan Nafsu’ Sejurus Tamat Pengajian Di Australia - “Kini Saya Hanya Boleh Mohon Maaf.”

“Reaksi pertama saya ketika menonton filem ini, saya jadi bertanya kepada diri sendiri adakah saya layak untuk berada di sini. Ini adalah filem pertama saya dan ketika itu, saya masih lagi baharu dan tiada pengalaman.

“Babak-babak awal itu memang kelihatan agak awkward dan kaku. Saya sebenarnya mengharapkan saya dapat buat yang lebih baik. Namun, bila difikirkan semula, pada waktu itu, saya sudah berikan yang terbaik.

“Saya sepatutnya gembira daripada mempersoalkan hasil lakonan saya itu. Saya seharusnya bersyukur kerana ketika itu, nama Azeva masih baru dan tiada pendedahan langsung terhadap dunia industri,” akhirinya.

Bisikan Nafsu merupakan karya filem pertama arahan Riza Baharudin dan terbitan bersama Hello Production, A. Aida Production dan Mache All Star United.

Selain Azeva, filem ini turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aniq Suhair, Zul Huzaimi, Aleza Shadan, Raja Azmi dan Ezzaty Abdullah.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

2 Minggu Bersama Ibu Berakhir, Sajat Kamaruzzaman Tidak Dapat Tahan Air...

Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.