
Konsert MeleTOP TVS melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Stadium Tertutup Miri, pada Sabtu lalu.
Meskipun cuaca pada awalnya sedikit renyai, ia bagaimanapun tidak menghalang lebih 2,500 warga Sarawak membanjiri lokasi konsert untuk menyaksikan persembahan hebat daripada barisan artis ternama.
Tepat jam 9 malam, konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan muzik tempatan, Sada Borneo, diiringi persembahan tarian ngajat oleh penari cilik, Dion Das, yang mencuri perhatian dengan kelincahannya.
Aksi energetik dan persembahan bertenaga di pentas kemudian digamatkan dengan persembahan dua figura yang sinonim digelar ‘dance queen’ iaitu Mimi Fly dan Stacy Anam.
Buat pertama kali, mereka berpadu suara menyampaikan lagu Angkat, lengkap dengan tarian yang memukau.
Tidak ketinggalan, kehebatan vokal Marsha dan Nadeera Zaini menerusi lagu Hening Rindu serta Bukan Lagi Kita turut berjaya ‘menawan’ penonton hingga persembahab mereka menerima ‘standing ovation’.
Malah Nadeera turut diberikan penghormatan menyampaikan lagu Hakikat Cinta dan Erti Hidup sebagai tribute buat Dayang Nurfaizah yang menerima Anugerah Khas MeleTOP Borneo atas sumbangannya dalam industri muzik selama lebih dua dekad.
Momen Viral Dayang & Hael, Penutup Yang ‘Menyala’!
Selain persembahan dan celoteh barisan hos, detik mencuri tumpuan juga tentunya tertumpu kepada persembahan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menerusi lagu Haram.
Keserasian mereka bukan sahaja menyentuh emosi, malah momen mesra Hael yang menyentuh dagu dan tangan Dayang turut mencetuskan tular di media sosial.
Konsert kemudian ditutup dengan persembahan bertenaga daripada Floor 88 dan Dolla, menandakan kemuncak acara yang julung kali diadakan ini.
Diserikan lagi oleh enam pengacara berkarisma iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad, Cheryl Toh, Ghaz Zawawi dan Fattah Bolkiah, konsert MeleTOP TVS nyata meninggalkan impak luar biasa di hati para penonton yang hadir memenuhi stadium!
Siaran ulangan boleh di strim di Astro GO atau bakal ditayangkan pada 24 Mei, di Astro Ria, 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI