Mengenakan seluar dalam di bahagian muka, pelakon Nas-T tiada masalah untuk mengikuti kehendak pengarah, Anwari Ashraf sewaktu membintangi filem Keluang Man The Movie.

Menurut Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, kostum tersebut sebagai sebahagian daripada jalan cerita dan ia bukanlah sesuatu yang menjijikkan.

“Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah

“Saya tiada kekangan dan bantahan. Saya ikut sahaja kehendak pengarah. Di sini saya ingin tegaskan dan jelaskan, yang saya pakai itu adalah seluar dalam baharu.

“Takut nanti ada yang bertanya pula itu seluar dalam zaman bila. Itu seluar dalam baharu yang diambil dari dalam kotak.

“Ia hanya digunakan dalam filem dan tak pernah dipakai di tempat sepatutnya. Ia hanya dipakai di kepala untuk watak Keluang Man sebelum punyai kostum khas,” katanya kepada MH.

Nas-T berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala filem Keluang Man The Movie di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Kostum Unik, Ada Kekuatan

Dalam pada itu, Nas-T akui kostum tersebut amat unik dan mempunyai kekuatan untuk menghiburkan ramai orang.

Ads

“Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah “Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah

“Bila pertama kali saya pakai kostum itu dan tunjukkan kepada para kru, mereka pun tak boleh henti gelak. Sampai saya kena minta tolong mereka supaya berhenti ketawa.

“Kita nak shooting ni. Lama-lama barulah mereka biasa tengok saya pakai seluar dalam di muka.

“Ada kalanya, mereka tak boleh tahan ketawa juga terutama sekali bila saya nak makan. Saya terpaksa selak seluar dalam tu.

Ads

“Kalau nak buka semula, renyah nanti. Kita dah siap ikat untuk kostum itu. Ia ambil masa,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nas-T akui teruja selepas melihat reaksi penonton ketika tayangan perdana berlangsung semalam.

“Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya tonton filem Keluang Man yang siap sepenuhnya. Sebagai penonton, saya amat berpuas hati dengan jalan cerita dan usaha daripada pihak produksi.

Ads

“Sebelum ini saya agak risau dengan ekpektasi penonton. Bila lihat reaksi penonton tadi, ramai yang bersorak, gelak dan tepuk tangan. Terus saya rasa lega.

“Saya terkejut. Selalunya reaksi sebegini berlaku di dalam flem superhero yang lain. Bila dapat reaksi sebegitu dalam Keluang Man, saya bersyukur sangat. Inilah sokongan yang kamo harapkan.

“Saya harap reaksi seperti ini akan berterusan bila mula tayangan nanti,” akhirinya.

Terdahulu, Keluang Man The Movie bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.

“Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah “Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah

Selain Nas-T, filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shweta Sekhon dan Anwaar Beg Moghal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI