Pelakon Amyra Rosli, 35, mendedahkan dirinya mengalami pendarahan baru-baru ini, yang disangka berpunca daripada aktiviti mengangkat barangan berat.
Amyra bagaimanapun menegaskan, ia bukanlah disebabkan oleh keguguran atau komplikasi kehamilan.
“Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas Amar bertolak (misi kayukan ke Tanah Suci). Setakat ini, saya tidak mengandung.
“Namun pada awal, keadaannya kelihatan seolah-olah menuju ke arah itu. Saya mengalami sedikit pendarahan.
“Apabila berjumpa doktor, dia mememaklumkan pendarahan itu mungkin disebabkan ketidakseimbangan hormon.
“Pendarahan itu tidak serius. Doktor sendiri menegaskan ia tidak berkaitan dengan kandungan atau kehamilan yang aktif.
Ads
“Ia mungkin juga petanda kepada kehamilan yang tidak menjadi. Doktor tak dapat memberikan jawapan pasti. Tetapi syukur, ia bukan sesuatu yang serius,” katanya.
Amyra ditemui media sewaktu pelancaran koleksi Amber Oasis Abaya, di mana beliau turut diumumkan sebagai salah seorang duta bersama Nora Danish dan Amira Othman.
Faktor Keletihan dan Hormon
Tambah Amyra, dia tidak menjalani rawatan susulan memandangkan pendarahan tersebut berhenti sendiri selepas beberapa hari, selepas mengambil ubat yang diberikan.
Ads
“Pendarahan itu berlaku selama lebih kurang lima hari sahaja. Ia berlaku selepas saya mengangkat bebanan, tetapi bukanlah bebanan berat sekadar mendukung anak saya.
“Yang membuat saya berasa hairan, ia bukan pendarahan haid kerana tempoh haid saya ketika itu belum tiba.
“Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Pada awalnya, saya menyangka ia permulaan kitaran haid.
“Namun pendarahannya tidak seperti biasa. Menurut doktor, situasi ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya keletihan melampau atau ketidakseimbangan hormon.
Ads
“Namun saya tidak melakukan sebarang rawatan susulan kerana selepas beberapa hari, pendarahan itu berhenti dengan sendiri.
“Oleh itu, saya fikir keadaan sudah pulih,” jelasnya yang turut berkongsi situasi kepada suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.
Namun Amyra tidak berkongsikan ia secara mendalam kerana tidak mahu membebankan fikiran suami.
“Saya ada berkongsi perkara ini dengan Amar, tetapi tidak secara mendalam. Saya tidak mahu dia terlalu risau, lebih-lebih lagi ketika dia tiada di sisi dan dalam misi berbasikal menuju Tanah Suci,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun ini menyaksikan majlis gilang gemilang International Indian Film Academy Awards (IIFA) 2024 dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam edisi ke-24 anugerah itu, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan mencipta fenomena tersendiri apabila masing-masing sekali lagi menggondol anugerah pelakon terbaik bagi kategori wanita dan lelaki.
Rani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk kali keempat, manakala Shah Rukh Khan pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kelima.
Rani yang cemerlang membawakan watak Debika Chatterjee menerusi filem Mrs. Chatterjee vs Norway mengalahkan pelakon lain seperti Alia Bhatt, Taapsee Pannu, Kiara Advani dan Deepika Padukone.
Sebelum ini Rani pernah memenangi anugerah yang sama selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
“Menerima anugerah ini di IIFA terasa lebih istimewa kerana ia mengesahkan fakta bahawa Mrs. Chatterjee vs Norway memberi impak secara global dalam hati orang ramai.
“Kejayaan filem ini mengesahkan kuasa penceritaan yang abadi dan bahasa universal kasih sayang ibu dan ketabahan seorang manusia,” kongsinya.
Bagi Shah Rukh Khan yang digelar Raja Bollywood, kemenangannya kali ini adalah menerusi watak Kapten Vikram Rathore dalam filem Jawan. Bapa kepada tiga cahaya mata ini mengalahkan pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol dan Vicky Kaushal.
Seperti Rani, Shah Rukh Khan pernah menang anugerah yang sama bagi edisi 2003, 2005, 2008 dan 2011.
Ketika memberi ucapan saat menerima anugerah, Shah Rukh Khan banyak berterima kasih kepada isterinya kerana bersama-sama mengharungi momen yang tidak menyenangkan saat penggambaran filem Jawan.
Dipercayai, momen tersebut bersangkut paut dengan kes dadah yang melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
IIFA 2024 bukan sahaja meraikan kehebatan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee, tetapi juga memberi penghormatan kepada ramai bakat lain yang menyumbang kepada pencapaian sinema sepanjang tahun ini.
Dari persembahan yang memukau hingga momen emosi di pentas, acara ini merupakan penghargaan gemilang terhadap seni penghasilan filem Bollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ini, sebut sahaja usahawan kosmetik, antara nama yang meniti dibibir netizen sudah pastinya usahawan popular Datuk Seri Alif Syukri, Datuk Seri Vida serta beberapa nama lain.
Iklan mereka yang lucu dan sensasi serta sering menaja program-program besar menyebabkan ada di antara mereka dikenali sebaris artis popular, hingga ada yang turut terlibat seni.
Tapi tahukah korang, sebelum mereka memonopoli stesen TV tempatan, ada usahawan yang terlebih dahulu popular dek kerana kredibiliti dan pesona mereka.
MH bawakan 5 ushawan kosmetik yang berjaya menempa nama terlebih dahulu. Yang penting, ada yang masih kekal sukses dengan bisnes mereka!
Datuk Sosila Wati
Arwah Datuk Sosila Wati merupakan pengasas bagi produk Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. Datuk Sosila boleh dianggap sebagai pelopor usahawan produk kecantikan apabila memperkenalkan jenamanya itu sekitar tahun 90-an. Bagaimanapun, sebuah tragedi telah menimpa beliau apabila dia dilaporkan telah dibunuh dengan kejam pada 2010. Kes pembunuhan jutawan kosmetik itu antara kes berprofil tinggi yang misteri dan mengambil tempoh panjang untuk diselesaikan. Al fatihah buat Allahyarhamah…
2. Rozita Ibrahim
Umum mengetahui Rozita merupakan pengasas bagi produk popular Sendayu Tinggi Enterprice. Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini mempunyai kisah menariknya yang tersendiri dalam bidang perniagaan. Bermodalkan RM400, beliau memulakan perniagaan dan menghasilkan formulasi herba. Menariknya, beliau telah memutuskan untuk menggemukkan badan dan kemudian menguruskannya semula. Sambutan yang menggalakan mendorong beliau membuka perusahannya sendiri.
3. Zaiton Hassan
Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton merupakan usahawan terkenal menerusi jenama Pravenus Beauty Sdn. Bhd. Zaiton popular dengan tagline ‘Comel Tak Kak Ton?’ menerusi iklan komersilnya di television. Ibu kepada finalis Hero Remaja 2018, Harris Annuar itu juga merupakan antara wanita pertama yang menjejakkan kami di bumi Palestin untuk menyampaikan sumbangan pada tahun 2012.
4. Datin Ira Ghani
Memulakan kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang, Datin Ira Ghani kini boleh berbangga denga pencapaiannya sebagai pengarah urusan Positive Image. Syarikat tersebut terkenal dalam bidang kecantikan khususnya di bawah jenama Aura Seri.
5. Halimah Shuib
Halimah Shuib atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah merupakan usahawan yang popular menerusi jenama Jamu Mak Dara. Wanita yang menginjak usia 74 tahun ini merupakan satu-satunya wanita tempatan yang cukup berjaya dengan produk jamu herba hasil resipi turun temurun yang diusahakan oleh anak lelakinya sendiri, Syed Gadaffi Syed Muhammad. Jika Indonesia berbangga dengan jenama Nyonya Meneer atau Mustika Ratu, Ibu Halimah membanggakan rakyat Malaysia dengan kejayaan produk-produk jamunya di bawah label Mak Dara.
Foto: Instagram Berkenaan/ carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datuk Eizlan Yusof memaklumkan dirinya telah menerima perlantikan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Menerusi entri terkini di Instagram, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur atas perlantikan berkenaan atas kepercayaan yang diberi.
“Terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua, insyaAllah,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini berjanji akan cuba memberikan yang terbaik bagi mengalas tanggungjawab berkenaan.
“Saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif @finasmalaysia,” tulisnya lagi.
Pelakon filem adaptasi aksi nyata Lilo & Stitch terbitan Disney, David Hekili Kenui Bell, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun, menurut kenyataan...