Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga bersama aktres terkenal Indonesia, Luna Maya.
Jauh sebelum dikenali sebagai “suami Luna Maya”, Maxime telah pun mengukir namanya sendiri dalam dunia seni lakon, baik di pentas tempatan mahupun antarabangsa. Berikut adalah 8 fakta menarik mengenai jejaka tampan ini.
Latar Belakang
Pemilik nama penuh Maxime Andre Selam Bouttier ini dilahirkan di Poitiers, Perancis. Dia merupakan anak kepada pasangan Patrice Bouttier, seorang chef warga Perancis, dan Siti Purwanti, wanita berdarah Bali.
Foto ayah dan ibu Maxime Bouttier. Kredit foto: Instagram @sitipurwanti15
Miliki Seorang Adik
Maxime memiliki seorang adik perempuan bernama Elodie Bouttier yang menetap di Australia.
Lulusan Sekolah Antarabangsa
Ads
Menurut sumber, Maxime merupakan bekas pelajar di sebuah sekolah swasta dikenali sebagai Gandhi Memorial Intercontinental School berlokasi di Denpasar, Bali. Selepas tamat sekolah menengah dia tidak meneruskan pengajian ke peringkat universiti.
Permulaan Karier dalam Dunia Hiburan
Karier Maxime bermula sebagai peragawan sebelum beralih ke dunia lakonan. Beliau mula dikenali menerusi sinetron remaja “Arti Sahabat” yang cukup popular di Indonesia. Sejak itu, Maxime terus aktif dalam pelbagai produksi drama dan filem.
Penampilan Di Hollywood
Ads
Pencapaian terbesar Maxime setakat ini ialah kemunculannya dalam filem Hollywood bertajuk Ticket to Paradise (2022) yang dibintangi oleh bintang tersohor, Julia Roberts dan George Clooney. Dalam filem tersebut, Maxime membawa watak pemuda Bali yang bakal bergelar menantu kepada watak yang dibawa dua pelakon terkenal Hollywood itu.
Perkahwinan Bersama Luna Maya
Pada 7 Mei 2025, Maxime selamat bergelar suami kepada pelakon dan model terkenal, Luna Maya, dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Ubud, Bali. Majlis yang penuh adat itu menggabungkan unsur budaya Bali, Jawa dan Eropah sebagai simbolik kepada latar belakang mereka berdua.
Beza Usia 10 tahun
Ads
Maxime dilahirkan pada 1993 manakala Luna Maya pula dilahirkan pada 1983, ini menjadikan jarak usia mereka sebanyak 10 tahun. Biarpun begitu, perbezaan itu bukanlah halangan dalam membina sebuah rumah tangga bahagia.
Maxime dan adiknya, Elodie bersama ibu mereka.
Ujian Kehidupan & Kehilangan
Tahun 2024 menjadi saat yang paling getir buat Maxime apabila ibunya, Siti Purwanti, meninggal dunia pada 14 Januari 2024 akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada. Untuk pengetahuan pembaca, ibu Maxime meninggal dunia di rumah Luna Maya.
Imbas kembali, Maxime dan Luna dilaporkan mula terbuka kepada umum mengenai hubungan cinta mereka pada 2023 sebelum lebih serius dan mendirikan rumah tangga pada 7 Mei 2025.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik yang turut aktif dalam dunia hiburan, Datuk Aliff Syukri menangis terharu selepas diberikan penghargaan sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir RM1 juta tahun lalu.
Menyifatkan ia sebagai kenangan bermakna buatnya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida, perkara tersebut dikongsikan dalam bentuk video di Instagram.
“Hari Indah buat saya dan isteri! Syukur hari ni @zakatselangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort.
“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan, tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!
“Terima kasih doa ibu kandung saya @bondarozitaibrahim dan isteri saya @shahidadherbs,” kongsinya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga turut bersyukur selain meminta doa yang baik-baik daripada semua.
“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan, tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya.
“Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan,” tulis Aliff lagi.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima hampir 18,000 tanda suka.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce yang sentiasa ceria menghiburkan peminat.
Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce ada memuat satu rakaman video ketika sedang menari dan berjoget menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.
“Too much eh mak buyong ni…,” tulisnya ringkas.
Lantas, perkongsian hos rancangan Immortal Songs ini menjadi perhatian peminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati agar Ain untuk sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan kandungan
Ini kerana, peminat tidak mahu perkara yang buruk berlaku terhadap aktres berusia 29 tahun itu.
Sekadar informasi, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember 2019.
Dan kini, Ain mengumumkan sedang hamil anak pertama pada November lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu.
Terharu atas penghargaan yang diberikan figura popular ini turut menzahirkan rasa bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.
“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.
“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.
“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.
“Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
Neelofa ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, pada Jumaat.
Menurut Neelofa lagi, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar.
“Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.
“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.
“Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia.
“Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Najwa Latif selamat menimang cahaya mata pertama pada 11 November 2025, bertepatan dengan ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Momen istimewa ini disambut penuh syukur dan kasih.