Selepas hampir empat tahun, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dirinya kini lebih cekal dan matang dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami yang kini bertugas di Sarawak.

Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, meskipun agak berat untuk menahan rindu, namun inilah pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan demi memberikan yang terbaik buat keluarga.

“Bukan mudah menjalani hubungan jarak jauh, tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa.

“Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata. Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan.

“Jadi, untuk soalan PJJ tu, Alhamdulillah, saya dah belajar terima,” katanya kepada MH.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, Jahat yang berlangsung di Aloft Hotel, Kuala Lumpur.

Ads

Apa yang menarik, lagu tersebut menjadi detik kerjasama pertamanya bersama komposer popular Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, di bawah terbitan Sony Music Malaysia.

“Tipulah Tak Sakit, Tapi Sudah Terbiasa,” – Wany Hasrita Lebih Cekal Kini Lalui Fasa ‘PJJ’ “Tipulah Tak Sakit, Tapi Sudah Terbiasa,” – Wany Hasrita Lebih Cekal Kini Lalui Fasa ‘PJJ’ “Tipulah Tak Sakit, Tapi Sudah Terbiasa,” – Wany Hasrita Lebih Cekal Kini Lalui Fasa ‘PJJ’

Bawa Anak Terbang Ke Sarawak

Wany menambah, dia bersama anak perempuan, Aishah Al Iman, pasti akan terbang ke Sarawak untuk bertemu suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di sana.

Ads

“Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya.

“Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput. Suami suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itu waktu tenang kami,” kongsinya.

Meskipun tampak kuat di luar, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) itu tidak menafikan hatinya tetap  berdoa agar urusan keluarga mereka sentiasa dipermudahkan.

Ads

“Perancangan untuk tinggal bersama itu sudah tentu ada malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.

“Rezeki pekerjaan dan ruang untuk tinggal bersama, semua itu saya mohon supaya dapat hidup sebumbung dengan suami.

“Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan Tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita,” katanya

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI