Penyanyi Adira Shuhaimi, 33, menafikan dakwaan dirinya pernah dicakar dan diterajang oleh bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim, dalam satu insiden di kediaman wanita itu, sebelum ini.
Menurut Adira, dia tidak mengetahui mengenai insiden yang dimaksudkan Sharifah Norshafila dan menegaskan dia bukanlah individu seperti yang diteka sesetengah pihak.
“Secara jujurnya, saya memang tak ambil tahu tetapi kalau berbalik kepada soalan tadi, bukan sayalah…
“Yang pasti bukan saya. Kalau mahukan kepastian boleh tanya kepada tuan empunya badan,” katanya.
Ads
Penyanyi lagu Ilusi ini berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert MeleTOP, TVS, di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Terbuka Soal Hubungan
Ditanya sejauh mana hubungan dengan bekas madunya, Adira menjelaskan dia terbuka untuk berbaik dengan sesiapa yang ingin berbaik dengannya.
“Saya terbuka untuk sesiapa sahaja yang nak ada hubungan baik dengan saya, saya akan layan dengan sehabis baik, insya-Allah,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Sharifah Norshafila menerusi perkongsian di Instagram Story baru-baru ini tampil mendedahkan dia pernah mencakar seorang wanita di dalam rumahnya.
Maklumnya lagi, dia tidak hanya mencakar, malah turut terajang wanita berkenaan.
Ads
“Zaman dah berlalu, masa usia muda lagi. Saya ada darah pahlawan. Tak habis dari situ, bukan setakat cakar saja, aku terajang sampai terpelanting,” katanya.
Sharifah Norshafila dipercayai memuat naik perkongsian tersebut susulan isu tular membabitkan pempengaruh, Jofliam dan isterinya, Dewi serta Cik Epal yang mendakwa wajahnya telah dicakar.
Terdahulu, Sharifah Norshafila dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bercerai pada 14 Mei 2024.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.
Terdahulu pada minggu pengenalan, 18 peserta telah diperkenalkan namun enam daripada mereka iaitu Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman terpaksa meninggalkan pentas BSA, seterusnya gagal berada peringkat ‘The Big 12’.
‘The Big 12’ kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, masing-masing terdiri daripada enam peserta.
Namun, selepas penyingkiran Ashmirul dan Qarl G yang berada dalam kumpulan Alpha Prime, kini kumpulan tersebut hanya tinggal empat peserta.
Profil Peserta Alpha Prime
Rizal Rasid
Penyanyi asal Brunei ini pernah berkhidmat sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebelum aktif dalam dunia nanyian pada sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid sudah mempunyai beberapa buah single seperti Cukup, Nadi, Hubungan Tanpa Status dan banyak lagi.
Ariel Fesol
Ariel Fesol antara peserta yang harus diberikan perhatian memandangkan sebelum ini dia pernah mengikuti pertandingan realiti popular, Idola Kecil musim kedua. Mengambil cuti panjang daripada bekerja di awan biru, Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol juga pernah melancarkan beberapa single sebelum ini seperti Bersangka, Pernah dan Terkesima.
Izat Ibrahim
Izat ialah satu-satunya wakil tunggal dari Singapura di BSA. Panyayi berusia 34 tahun ini aktif memenuhi pelbagai jemputan nyanyian di negara kelahirannya dan baru sahaja menjuarai sebuah program nyanyian di Singapura. Sepanjang bergelar penyanyi, Izat sudah melancarkan beberapa buah single seperti Tiada Gunanya, What Went Wrong dan Tak Perlu Tahu.
Afiq Sky
Menjadi peserta paling muda, Afiq Sky yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun tidak bolej dipandanf sepi kerana dia berpengalaman membuat persembahan secara langsung. Ini kerana, Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli aktif sebagai penyanyi jalanan selain kerap muncul di dalam program TV.
Ashmirul
Amirul Ashraff Shafarudin atau Ashmirul, ialah penyanyi yang meminati genre Ballad, Pop, Reggae dan Alternatif Rock. Berumur 24 tahun, Ashmirul turut mempunyai hobi memasak dan mengemas. Singgle sulungnya yang berjudul Tunggu yang dilancarkan tahun lalu sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.
Qarl G
Mohamad Haikal Mohamad Nagib atau nama pentasnya, Qarl G berusia 27 tahun dan menjadikan pickleball serta mendaki gunung sebagai aktivitinya di masa lapang. Bercakap mengenai idola seni, dia kagumi penyanyi pop Hollywood, Ed Sheeran.
Daniel Sher
Daniel Sher memulakan perjalanannya di BSA dengan langkah kanan apabila meraih markah tertinggi di saingan minggu pertama dan kedua. Berasal dari Kluang, Johor, Daniel yang berusia 34 tahun ini pernah menyertai beberapa pertandingan realiti seperti Astro Star Quest 2015, The Voice Malaysia & Singapore 2017 dan Bintang AI@RTM 2020.
Allen Andersn
Allen Andersn atau nama sebenarnya, Joan Allan Anderson Sinapati ialah peserta yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia. Turut bergelar penyanyi, bintang berusia 34 tahun ini nyata memiliki suara unik ini dan pernah menyertai program The Voice Indonesia pada 2016. Namanya pernah viral selepas melancarkan lagu ‘cover’ Rindu pada 2024 yang dipopularkan oleh Agnez Monica.
Que
Peserta tinggi lampai berusia 26 tahun ini merupakan mahasiswa Fakulti Multimedia Kreatif di Multimedia University, Cyberjaya. Que atau nama lengkapnya Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi berasal dari Sabah dan berkebolehan dalam bermain piano. Que turut meminati muzik pop alternatif, R&B dan Indie. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia menjadikan Michael Buble dan Maroon 5 sebagai idolanya dalam muzik.
Ray-D
Baru berusia 20 tahun, Ray-D telah menunjukkan kematangannya pada minggu pertama konser BSA apabila menyahut cabaran Ray-D menyanyikan lagu Napal Baji yang dipopularkan oleh PSY. Ray-D atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir yang pernah menyertai Ceria Pop Star pada 2020 ini turut mempunyai kelebihan dari segi tarian.
Awienit
Peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut aktif bersama band yang diberi nama Latecomers sebagai vokalis sebelum menyertai BSA. Selain mempunyai hobi memasak, Awienit yang berusia 25 tahun Ini turut kagumu penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar.
Araff
Araff atau Muhammad Amirul Hasraff Mohd Pilus menunjukkan kualiti vokal yang mantap ketika membawakan lagu Nur Cinta di hadapan pencipta lagu tersebut, Edry Abdul Halim pada minggu pertama saingan. Baru berusia 19 tahun dan dilahirkan di Kedah, sinar bintang peserta ini tidak dinafikan kian menyerlah.
Kesemua 12 peserta BSA diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.
Dihoskan oleh dua pengacara terkenal dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, BSA bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater, Shah Alam selama lapan minggu setiap Ahad jam 9 malam.
Ia turut dapat ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon filem Gantung Musketeer Code, Ikmal Amry mendedahkan, sejak dari awal perhubungannya bersama isteri tercinta, Najla Shamsul, dia mengamalkan sikap keterbukaan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, dia tidak pernah menyembunyikan telefon atau mesej peribadi daripada isterinya.
“Kalau isteri nak tengok mesej, email atau WhatsApp… bagi dia (tengok) semua. Jangan bagi dia ada ruang untuk fikir yang bukan-bukan.
“Jadi bila kita sebagai suami tiada perkara yang ingin disorokkan dan isteri pula sudah percayakan kita, jadi situasi itu akan harmoni,” katanya memberi pendapat.
Ikmal turut menjelaskan, pendekatan itu bukanlah sesuatu yang baharu baginya, malah ia sudah diamalkan sejak zaman bercinta lagi.
“Sejak awal percintaan sekali pun, kalau dia yang minta untuk tengok telefon, tengok sajalah.
“Sebab kita tak buat apa-apa kesalahan. Kalau rasa takut untuk berbuat demikian, mesti ada yang kita buat tak betul. Saya yang izinkan untuk dia semak telefon,” jelasnya lagi.
Sebagai pelakon, Ikmal mengakui kehidupannya sering berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan pihak luar.
Lalu, dia memilih untuk menjelaskan situasi sebenar dan mahu isterinya mengetahui realiti sebenar agar tidak timbul salah faham.
“Sebab saya kerja sebagai pelakon dan sudah tentu kita ada banyak berurusan dengan ramai orang. Jadi biarlah dia tahu realiti sebenar.
“Saya tak nafikan ada yang hantar mesej, kacau dan sebagainya. Tapi biar isteri tahu yang kita tidak melayan,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Ikmal dan Najla yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Fauziah Latiff memaklumkan dirinya masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, meskipun baru saja tampil dengan single duet bersama penyanyi, JessC menerusi lagu duet berjudul Tak Terpisah.
Menurut Fauziah atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, penglibatannya dalam lagu berkenaan lebih kepada usaha menyokong perjalanan seni teman baiknya JessC, yang juga dikenali sebagai Jessie Chung.
“Saya tidaklah kembali aktif tapi lagu ini merupakan satu projek istimewa bersama JessC memandangkan kami pun saling mengenali.
“Kali terakhir saya keluarkan lagu pun sekitar sembilan tahun lalu, itu pun lagu runut bunyi untuk sebuah drama (Seindah Takdir Cinta) dan lagu itu dirakamkan untuk promosikan drama tersebut.
“Ya, saya pun sudah lama tidak rakamkan single solo. Tapi bagi saya tak mengapa walaupun ramai yang bertanya mengenai single baru, saya percaya pada rezeki,” jelasnya.
Fauziah yang mesra disapa Kak Jee berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Album Dekati milik JessC yang di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam album terbaharu Dekati yang memuatkan enam lagu baharu itu, single duet Tak Terpisah turut dimuatkan.
Malah JessC turut menyatakan rasa gembira apabila impiannya untuk berduet bersama idola akhirnya tercapai.
“Sudah tentu saya rasa teruja dan gembira. Sebenarnya usaha ‘memujuk’ sudah lama cuma kali ini kami ada rezeki untuk berduet.
“Ikutkan perancangan, saya nak kerjasama lagi dengan Kak Jee untuk dua buah lagu baharu yang akan dilancarkan nanti. Apa pun, kita lihat pada keadaan,” katanya.
Dalam pada itu, Fauziah turut mengakui, karya berkenaan memberi kesan mendalam kepadanya sejak kali pertama ia diperdengarkan.
“Kali pertama mendengar Tak Terpisah saya mengalirkan air mata sebab bagi saya lagu ini ada soul, jadi saya cuba terbaik untuk menyampaikan untuk semua.
“Terima kasih JessC dan seluruh pasukan untuk Tak Terpisah. Seluruh pasukan sangat bagus dan sangat menyokong antara satu sama lain.
“Kami juga sudah kenal lama, jadi untuk menyokong industri muzik saya terima cabaran ini dan sangat gembira bila dapat bekerjasama dengan dia,” ujarnya lagi.
Meskipun belum bersedia untuk merakamkan single baharu secara aktif, penyanyi berusia 54 tahun ini terbuka terhadap peluang merakam lagu daripada komposer baharu.
Namun, tetap berhati-hati dalam membuat pilihan karya.
“Ada beberapa lagu yang diterima dan ada satu lagu yang sangat suka tapi mungkin tiada jodoh dengan lagu itu.
“Cuma untuk situasi saya sekarang, perlu berhati-hati dalam memilih sesebuah lagu sebab ini adalah satu tanggungjawab.
“Jadi, perkara ini saya sangat titikberatkan. Biarlah kita hasilkan lagu yang betul-betul orang suka, dan kita akan sampaikan ia dari hati.
“Setiap lagu saya rekod ada keistimewaan tersendiri jadi dari segi pemilihan perlu terperinci. Tapi saya terbuka dengan genre baru dan juga komposer baru,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran tele-filem bertajuk Srikandi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...