
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama rakan gandingan di dalam teater muzikal, Mansur & Liu, iaitu Melinda Dadew.
Menurut Aliff, ketika ini, dia sedang memberikan sepenuh tumpuan terhadap peranannya sebagai Sultan Mansur dan enggan terlalu memikirkan hal-hal di luar kawalannya.

“Saya minta maaf, sejak beberapa minggu yang lalu, saya tidak memberikan fokus terhadap media sosial, tugas dan jadual Kami sebagai pelakon teater sangat padat.
“Jadi, lebih baik saya luangkan masa untuk fokus dan memperbaiki peranan saya sebagai Sultan Mansur ini daripada fokus kepada perkara yang di luar kawalan saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sayang Sayang itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam previu Mansur & Liu, baru-baru ini.
Aliff Pilih Tidak Layan Persepsi
Aliff menambah, dia tidak mampu mengawal persepsi atau komen orang terhadap dirinya, justeru memilih untuk tidak membiarkan perkara itu mengganggu tumpuannya terhadap tanggungjawab yang sedang digalas.

“Orang nak bercakap apapun, saya okay sahaja. Pada akhirnya, akan ada orang yang suka dan tak suka kita. Ada orang yang ada kerja dan ada orang yang tiada kerja.
“Buat saya pula, saya ada kerja yang sangat berat. Tanggungjawab saya sangat besar. Selebihnya saya tak boleh nak cakap apa,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kakak kepada Melinda yang dikenali sebagai Missphris memaklumkan dirinya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membuat tuduhan palsu sehingga menjatuhkan maruah adiknya.
Missphris juga difahamkan telah menyimpan tangkap layar hantaran berkenaan sebagai bukti dan akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Anda mungkin berminat dengan
Gandingan Sebagai Sultan Mansur & Puteri Liu
Aliff dan Melinda masing-masing menggalas watak utama sebagai Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dalam Mansur & Liu, karya arahan M Nasir yang diinspirasikan daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Pementasan di Panggung Sari, Istana Budaya itu berlangsung sehingga 20 September, turut menampilkan Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Arena Wan dan Ruzana Ibrahim.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

