Ads

“Sejujurnya Ia Sangat Menakutkan,” – Bau Asap Tiba-Tiba Kuat, Ben Amir Dedah Detik Cemas Rumah Hampir Dijilat Api

Ben Amir
Ben Amir

Pelakon Ben Amir berkongsi detik mencemaskan apabila rumahnya hampir dijilat api susulan kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan kediamannya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ben mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang berehat di rumah sebelum tiba-tiba terhidu bau asap yang sangat kuat.

Menurut Ben, kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada api yang marak di tanah bersebelahan kawasan kediamannya, sebelum ia mula merebak dengan pantas akibat tiupan angin yang kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)


“Kebakaran hutan yang hampir memusnahkan rumah kami.

“Tadi saya tengah rest kat rumah bila tiba-tiba bau asap kuat gila.

“It was a wildfire terbakar dekat tanah sebelah rumah saya, dan disebabkan angin bertiup kencang, api mula merebak dengan cepat.

Api Merebak Dalam Tempoh Singkat

“Sejujurnya Ia Sangat Menakutkan,” – Bau Asap Tiba-Tiba Kuat, Ben Amir Dedah Detik Cemas Rumah Hampir Dijilat Api

Ads

Pelakon Suri Hati Mr Pilot itu meluahkan rasa bimbang dan terkejut apabila melihat api merebak dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mereka semua berada dalam keadaan selamat dan rumahnya tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Seluruh kawasan dipenuhi asap dalam sekelip mata, dan sejujurnya ia memang sangat menakutkan.

“Syukur, kami semua selamat dan rumah kami masih dalam keadaan baik. Namun, kejadian ini benar-benar mengejutkan kami,” kongsinya.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/teka-teki-foto-pre-weds-terlerai-ben-amir-sah-bergelar-suami-disember-lalu-nikah-di-masjid-wilayah/

Hargai Semua Pihak Yang Tampil Membantu

“Sejujurnya Ia Sangat Menakutkan,” – Bau Asap Tiba-Tiba Kuat, Ben Amir Dedah Detik Cemas Rumah Hampir Dijilat Api

Dalam hantaran sama, Ben turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil membantu mengawal kebakaran tersebut.

Ads

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang tampil membantu, memeriksa keadaan jiran-jiran dan berusaha mengawal kebakaran tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

“Perkara ini sebenarnya boleh berakhir dengan jauh lebih buruk.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana kami selamat, rumah kami masih utuh, dan kami masih berpeluang untuk bangun esok hari. Jaga diri semua,” akhirinya.

Terdahulu, Ben telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Liana Alara, yang merupakan warga Filipina pada Disember 2025.

Untuk rekod, Ben Amir dan isterinya kini sedang menetap di Pulau Siargao, Filipina.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Lebih 36 Lagu, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Tidak Begitu Baik,” –...

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa kagum melihat kemampuan bintang rock, Dato’ Awie meneruskan perjalanan konsert Awie Rock King: Last Man Standing meskipun sebenarnya berdepan masalah kesihatan.