
Menginjak usia 41 tahun, pelakon dan penyanyi, Farahdhiya masih menaruh harapan untuk mendirikan rumah tangga satu hari nanti.
Menurut Farahdhiya atau nama lengkapnya Farah Dhiya Mohamed Amin, perasaan itu terdetik selepas dia melihat pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya yang akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang pada usia 42 tahun.
View this post on Instagram
“Semalam nampak Luna Maya kahwin pada usia 42. Jadi, saya masih ada harapan la kan? Ke kena cari yang muda-muda macam Luna. Kepom (Elly Mazlein) tolong jawab,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Bertahta Di Hati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Malah, Farahdhiya sempat berseloroh adakah dia juga perlu mencari pasangan yang usianya lebih muda sama seperti suami kepada Luna iaitu, Maxime Bouttier.
Malah, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein turut bersetuju untuk Farahdhiya mencari pasangan yang lebih mudah untuk mendirikan rumah tangga.
“Cari yang muda la eh, tak gitu?,” balas Elly di ruangan komen.
Malah, Farahdhiya turut membalas komen seorang netizen yang memintanya untuk tidak menutup pintu hati untuk berumah tangga.
Tak Pernah Tutup Hati
Kata Farahdhiya, dia akan berkahwin bila hatinya sudah betul-betul bersedia dan tidak pernah menutup pintu hatinya untuk lelaki.
“Umur tak penting. Yang penting kahwin bila bersedia dan sampai waktunya. Hatiku tak pernah tertutup untuk lelaki,” katanya.
Menerusi hantaran yang sama, pelakon drama Spa Q ini turut berkongsi beberapa foto sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 bersama rakan-rakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan semoga Farahdhiya dipertemukan jodoh.
Sebelum ini, dia Farahdhiya pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang penyanyi popular, namun hubungan tersebut tidak bertahan lama.
Semalam pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya menikah dengan pelakon, Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farahdhiya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI