[GAMBAR] Memang Cantik. Ini Dia Penyanyi Lagu Lagi Syantik, Siti Badriah Yang Ramai Tak Tahu!

Ketika ini, rata-rata pakat buat parodi dan tarian ikut kreativiti sendiri terhadap lagu dangdut popular, Lagi Syantik. Malah tidak kurang para selebriti Malaysia turut melakukan perkara sama menerusi media sosial.

Bagaimanapun, mungkin ada yang masih kurang mengenali siapakan penyanyi di sebalik lagu paling sukses, trending ketika ini itu. Seunik namanya, Siti Badriah atau lebih sinonim digelar Sibad ini merupakan antara penyanyi angkatan baru yang masih gigih memperjuangkan irama dangdut.

Jom kita ikuti perkara menarik mengenainya!

IKLAN

Sibad dilahirkan pada November 1991 dan berasal dari Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Sibad sudah pun memulakan kerjayanya seawal kanak-kanak dan sering memasuki pertandingan nyanyian demi mengasah bakatnya dalam nyanyian. Single pertamanya secara profesional adalah pada tahun 2012 menerusi Berondong Tua.

Selain aktif menyanyi, bintang yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter ini turut aktif berlakon dan iklan komersial.

Terkini, singlenya itu turut menduduki tangga teratas di Radio Dangut Indonesia (RDI) sementara di tangga kedua pula ialah lagu dendangan penyanyi senior, Lis Dahlia menerusi lagu Tak Mampu Membencimu.

IKLAN

Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik di YouTube 22 Mac lalu sudah pun ditonton hampir 23 juta kali.