Select Page
“Suka Kalau Kawan Hampa Kawin Dengan Laki Single Ke Atau Dengan Laki Orang?” – Che Ta Selar Netizen Kritik A.Aida Bakal Kahwini Aktor Muda

“Suka Kalau Kawan Hampa Kawin Dengan Laki Single Ke Atau Dengan Laki Orang?” – Che Ta Selar Netizen Kritik A.Aida Bakal Kahwini Aktor Muda

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, mengambil pendirian untuk tempelak sikap sesetengah netizen yang seakan menidakkan keputusan penerbit Datuk A Aida, untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya, Sabtu ini.

Bintang berusia 45 tahun itu memaklumkan hal demikian menerusi platform Instagram. Katanya dia geram dengan perangai manusia yang tidak habis-habis membawang mengenai hal yang tidak mendatangkan faedah.

“Ni kami nak share dengan hampa semua, sakit hatiiiiii, geqhammmmmmmm ja dengan perangai manusia yang tak habih habih nak bawang pasai benda yang tak berpekdahhhhhhh! Ghasaaaaaaa nak hempas je dengan tumit ni.

 

“Si A.Aida nak kawin dengan laki elokkkkkk mudaaaaaaa, letupppp getahhhh baruuuuu lagi naw naw lepas tu ramai pulakkkk kecammmmmm! Ramai pulak cakap yang tak sedaq diri la apa laaa! Tua ganyuuuuutt la apa.

 

“Eh hampa, kami nak cakap, biaq lantak p la dia tu nak kawin dengan getah mudah ka epal muda ka mempelam muda ka YANG PENTING TAK KACAU LAKI HAMPA dan dia kawin dengan laki SINGLE YAAAAAA bukan RAMPAS LAKI SESIAPAAAAAAAAAAA NAAAAA,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut meminta keputusan peberbit itu dihormati memandangkan dia tidak mendirikan rumah tangga dengan suami orang.

“Patutnya hampa tu pun sokong lahhhhh diaaaaaa! Ni dok kecammmmmm! Gila ka apa, karang dia ambil laki orghanggggg hampa p hentam pung pang pung pang (termasuk kamilah) hahahah! Ni single, opkossss lah kami ok jeeeeeeeee! Apoooo daaaaaaaaaaa.

 

“Kami pun kawin dengan laki muda helok, meletup, bergetah cayakkkkkkk lagi freshhhhhh ranum !! Hahahahha, ok jaaaaaaa! Yang hanmpa dok kecam kecam dia seoleh dia ambik laki hampa pulakkkkkkkk! Nak caqi duda sat g anak sekampong pulak,” kongsi Che Ta.

Malah, Che Ta turut memberi pandangan, mungkin ramai yang makan hati dengan pilihan A.Aida yang disifatkan iras hero Hindustan!

“Kesimpulannya, BIA LANTAK P LAAAAAAAA DIA NAK KAWIN DENGAN LAKI MUDA LETUPPPP! Dari dia buat benda tak eloqqq kannnnnn! Support 100% dia, so jangan nak kondem kondem naaaaaaa!! Netizen .Tapi tulah, bila tengok laki a.aida ni memang ramai lah makan hati, macam hero hindustannnn! Hidung tudiaaaaaaaa macam laki kami terletakkkkkkk boleh hanger baju tajam diaaaaaa.

 

“Kepada A.Aida, abaikannnn nak kecaman kecaman netizen ni, kami doakan majlis berjalan lancar!! So kita boleh buat group “LAKI KAMI MUDA BERGETAH” hahahhahaha.

 

“Ada yang nak share tak? Korang suka kalau kawan hampa kawin dengan laki single ke atau korang suka dia kawin dengan laki orang ke atau duda? Hahahahahha! BINCANGKANLAHHHHHHHHHHHH,” akhirinya. 

Sambil baca, sambil tergelak sebab apa yang ditulisnya memang ada elemen humor meski apa yang dikongsi Che Ta itu pun memang ada betulnya juga.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

 

“Hello Polis, Ada Orang Gila Menari Tengah Jalan,” – Ramai Yang Hencap Video #inmyfeelingschallenge Faten Afeefa?

“Hello Polis, Ada Orang Gila Menari Tengah Jalan,” – Ramai Yang Hencap Video #inmyfeelingschallenge Faten Afeefa?

Ketika ini, ramai pula selebriti kita yang turut sahut cabaran melakukan #inmyfeelingchllenge. Lalu seperti biasa, ada yang suka dan tidak kurang yang memberikan kritikan pedas terhadap video yang dibuat sesetengah selebriti.

Antara yang mencuri tumpuan ialah video hasilan pelakon, Fatin Afeefa yang dimuat naiknya sehari lalu. Menerusi video tersebut, Fatin yang mengenakan kemeja corak jalur berseluar jean menari mengikut rentak lagu nyanyian Drake itu.

“KIKI DO U LOVE MEEEEEE?!!! Hahahaha. Never give up walaupun u terpeleot. Kiki dance tetap kiki dance,” tulisnya menerusi Instagram, lengkap dengan tanda palang #inmyfeelingschallenge.

Bagaimanapun, tarian yang kurang kemas menyebabkan dirinya hampir tersadung tetapi berjaya dikawalnya.

Menerusi ruangan komen, video yang sudah ditonton lebih 700,000 itu menerima pandangan yang pelbagai. Ada yang suka dan sebaliknya.

Fatin sebelum ini turut terpalit dengan beberapa kisah sensasi, termasuk keruntuhan rumah tangganya bersama aktor, Adam Shaz pada Mei tahun lalu.

Foto/Video: Instagram Fatin Afeefa

“Makluman Tentang Suami Tak Sihat Itu Perlu. In Case Ada Hutang, Ada masalah, Ada isu,” – Suami Fynn Jamal Sakit Apa?

“Makluman Tentang Suami Tak Sihat Itu Perlu. In Case Ada Hutang, Ada masalah, Ada isu,” – Suami Fynn Jamal Sakit Apa?

Menerusi Instagram, Fynn Jamal ada membayangkan mengenai tahap kesihatan suaminya, Hazrilfitri Hadzir  yang berada dalam keadaan kurang baik ketika ini. Malah, menerusi beberapa posting, penyanyi lagu Arjuna Beta turut memberikan bayangan hampir sama.

Beberapa hari lalu, Fynn ada meminta supaya diberikan kefahaman dan masa menerusi keadaan yang menimpanya sekeluarga.

“Can you just be kind and compassionate, my darling strangers..? Aku cuma minta kefahaman dan masa. Tidak cukup ditanya di ruang komen, some of you harass my friends and families to know what is up. Tak ada makna. Kami semua tak ada jawapannya. Please be kind,” tulis Fynn.

Pada masa sama, dia juga mengakui keperluan untuk memberitahu mengenai suaminya yang tidak sihat atas beberapa sebab.
“Makluman ttg suami tak sihat itu perlu. in case ada hutang, ada masalah, ada isu. takut org fikir kerja tertangguh adalah sengaja. Maka pemberitahuan perlu ada. Tapi tidakkah cukup sekadar itu? Pastinya ada sebab sahih kenapa masih tidak ditulis diagnose sebenar. antaranya; kami sendiri masih dalam keliru dan samar2.
“Kalaulah mudah, dah lama aku kabarkan. kan..? kalau patah, bilang patah. kalau demam, bilang demam. Maafkan aku utk tulisan2 berat dua tiga hari ini. Di sini sahajalah ruang aku ada utk bercakap tentangnya. Beri aku dua tiga hari lagi, InsyaAllah apabila perasaan aku kembali tenang aku cuba semula berjenaka,” kongsinya.

Fynn turut mengharapkan doa semua supaya suaminya sembuh seperti sedia kala.

“Doakan suamiku hazrilfitri hadzir kesembuhan. semoga dia jadi seperti sediakala. aku wallahi merindui senyumnya. Ya Allah, takkan aku minta kau ambil semua ujian ini. Aku yakin kau tau aku cukup mampu.

 

“Tapi sesungguhnya aku harapkan jadilah sekadar kau izinkan aku kesabaran yg setara dgn dugaanmu. Apa yg aku fikir terbaik tak semestinya terbaik utk aku. Berilah apa yang terbaik. Aku tahu kau tau,” akhirinya.

“Saya Tahu Sekeping Hati Wanita Lain Hancur Berderai,”- Genap 25 Perkahwinan, Zarina Zainuddin Kongsi Situasi Jadi Isteri Kedua

“Saya Tahu Sekeping Hati Wanita Lain Hancur Berderai,”- Genap 25 Perkahwinan, Zarina Zainuddin Kongsi Situasi Jadi Isteri Kedua

Lima hari lalu, pelakon versatil Zarina Zainuddin memaklumkan usia perkahwinannya bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sudah pun memasuki tahun ke-25. Menerusi Instagram, bintang tersebut memberitahu dia mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang berstatus suami orang pada 13 Julai 1993 lalu.

Katanya, ketika mendirikan rumah tangga pada tarikh keramat itu, dia mengakui sedar sekeping hati wanita lain hancur berderai walaupun perkahwinan yang dibina mendapat izin daripada isteri pertama.

“13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai. Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia. Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya.

 

“Kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tanpa cinta,” tulisnya.

Pada masa sama, Zarina turut mengingati kata suaminya yang memberitahu, kalau mahu menjadi isteri kepadanya, dia perlu sabar dan terus bersabar.

“Saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar. Terima kasih abang. Sabar itu separuh dari iman,” kongsinya sambil mengharapkan apa yang dikongsinya itu boleh dijadikan pengajaran kepada semua.

Malah katanya, kita semua tidak dapat menguasi cinta kerana cinta mahal hanya untukNya.

“Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya,” katanya lagi sambil disusuli dengan tanda palang  #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways dan #ujumpijump.

 

“Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya…”akhiri Zarina.

13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar.. Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman 💕 Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya.. #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways #ujumpijump Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Foto: Instagram Zarina Zainuddin

“Bukanlah Budak-Budak Muda Remaja Yang Perlu Cakap Ya, Kami Couple,” – Penjelasan Erra Fazira Fasal Shahir

“Bukanlah Budak-Budak Muda Remaja Yang Perlu Cakap Ya, Kami Couple,” – Penjelasan Erra Fazira Fasal Shahir

Bintang terkenal, Erra Fazira mengakui pada fasa sekarang hubungannya dengan Shahir, dia tidak perlu ada istilah ‘declare’ atau tarik tali di dalam hubungan persahabatan yang terjalin.

Katanya lagi, untuk mengesahkan sama ada mereka benar-benar punya hubungan istimewa atau pun sebaliknya, dia bukanlah remaja yang perlu mengatakan mereka sedang bercinta.

“Saya tarik tali? Kejap ada kejap tak ada (hubungan cinta)? Saya ni bukanlah budak-budak muda remaja yang perlu cakap ya, kami couple. Fasa untuk declare tu tiadalah lagilah. Kalau rasa masing-masing selesa, kita go with the flow.

 

“Setakat mana yang kita termampu sahajalah. Bukan lagi bila berpasangan, kita perlu keluar dating selalu, tidaklah. Saya lebih suka untuk berkawan, jadi friendly terlebih dahulu, berkawan dan hinggalah pada fasa seterusnya. Jadi matang sikitlah,” kata Erra jujur.

Ditanya mengenai penerimaan rakan-rakannya mengenai hubungan baik bersama Shahir, pelakon Persona Non Grata itu mengakui ada yang suka dan sebaliknya.

Bagaimanapun, sebagai manusia dia sendiri tidak sempurna dan tidak boleh memaksa orang lain untuk ‘bersetuju’ dengan apa sahaja keputusannya.

“Biasalah, ada yang suka dan tidak. Bagi saya, seorang rakan yang baik akan mendoakan yang baik-baik untuk diri kita dan pada masa sama, nasihatkan kita apa yang terbaik.

 

“Bukanlah bermakna mereka perlu suka apa yang kita suka, tetapi pendirian mereka itu mungkin daripada perspektif yang berbeza. Saya tiada masalah untuk itu,” terangnya.

Terdahulu, Erra ditemui di majlis rumah terbuka pihak pengurusan artis, Mind Order di Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas mengenai apakah sisi positif yang dilihat dalam diri penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, Erra menjelaskan apabila semakin matang, dia sedar bahawa tiada lelaki yang boleh memenuhi semua kriteria yang diidamkan.

“Saya sedar tidak wujud lelaki yang boleh penuhi semua ciri yang kita mahukan. Tiada yang sempurna, begitu juga dengan kita.

 

“Jadi saya selesa berkawan dengannya sebab ada benda yang saya tidak tahu, dia tahu. Begitu juga sebaliknya,” akhiri Erra.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri #MORaya2018 Celebrating MindOrderManagement's second anniversary in the joyous spirit of Syawal 2018. #MindOrder #MindOrderManagement #mo #mom #moraya2018 #syawal1439h #KongsilahSikit HOST : @mindorder . VENUE : @kache_eventhall . CELEBRITIES : @errafazira @fashasandha @eykafarhana @elvinamohamad @reenrahim @nazrief_nazri @luqmanhafidz10 @jaasuzuran @rajamukhriz @doriaracheljolly @syazwanzulkifly . ANNIVERSARY CAKE #2 : @eysalicious . NUTELLA CHOC CAKE : @ecaibrahim_cikkek . CAKE : @bakin.bake / @sz_family . CUPCAKE : @rozmittencakes . ICE CREAM : @rubysweetaiskrimcheduk @aiskrimputaq . DECORATION : @decoration_ballon . TAUHU BERGEDIL : @sucre_seduction . KEROPOK LEKOR CRISPY : @fngeeshoppe . AIR BALANG : @zanzacatering . RAYA DISHES : @serundingmaktokkita (rendang daging, ketupat palas, serunding ayam, serunding daging) . RAYA COOKIES : @mariascookies__ . CANDY BUFFET : @aryanacandybuffet_officialpage . PANCAKE : @makbesahlempeng . GOODIES : @adabi_consumer . PULUT KUNING : @juzaierra . BUNTING : @azwa_2103 . NASI TOMATO & BIHUN : @tams_zack76 . SATAY : @sataywarisanpakwan @sz_familySG @satayrosofficial . STAGE & HALL DECOR : @belonklepet . PHOTOPROPS, PHOTO OPS & BACKDROP : @nanakodesign_ent . PHOTOGRAPHER : @wvmphotography . Live Updates: @pixyo.photo . VIDEOGRAPHER : @Hfilms.co @elemihalim @khxairul @faridzuanzanoordin_ @faridzuan_ . PA System: Ezad Aaron (FB) . PHOTOBOOTH : @glamboxphotobooth . AIS KEPAL : @aiskepal_tokwan . PICKLES : @airpoolstylo . AYAM TANDOORI : @thethandori . KAMBING GOLEK : @kambinggolekkawg . CENDOL : @ilincafe_ . PAPER BAG : @graphtechadv . POP CORN : @the_goodies_house . FOOD VOUCHER : @meeracun_titan . ASSORTED KUIH : @ns.kitchen01 . Air Meneral : @mbm_maria

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: