Nama kumpulan Kangen Band dan Bagindas tidak perlu diperkenalkan lagi dan dua kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Mempunyai kelompok peminat tersendiri di negara ini, Kangen Band dan Bagindas berjaya mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur tahun lalu, menyaksikan sambutan yang cukup hebat.
Bertitik tolak dari situ, Kangen Band dan Bagindas kembali disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur, Backdoor Entertainment Rosdi Azwan berkata, konsert ini menjanjikan satu kelainan bagi penonton di Malaysia.
“Kemeriahan konsert terdahulu mencipta satu fenomena asia yang memukau dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik dan pemilik media sosial. Apatah lagi konsert itu sudah lama dinanti-nantikan dan dianggap sebagai acara yang di nantikan setiap peminat setia.
Ads
“Kali ini, kami bawakan mereka semula di atas satu panggung yang sama. Di dalam gelombang galau dan melodi remix yang memukau, konsert ini pastinya menjanjikan satu pengalaman mengasyikkan dan penuh semangat bagi peminat kedua-dua band ini,” katanya.
Tambahnya lagi, apa yang lebih menarik adalah dengan satu harga tiket peminat dapat menyaksikan dua band ini beraksi di atas satu pentas.
“Satu fakta penting bagi konsert ini buat peminat di Malaysia, Kangen Band akan menyanyikan 18 lagu dan Bagindas X Dj Rycko akan menyanyikan 12 lagu berkonsepkan muzik remix.
Ads
“Ia seperti membawakan dua elemen muzik yang berbeza kali ini. Pastinya, persembahan ini bakal mengukir satu lagi konsert fenomena asia di Malaysia,” katanya.
Selain persembahan dari Kangen Band, Bagindas juga turut menampilan DJ Rycko Ria selaku pencipta muzik Remix bagi kesemua lagu Bagindas.
Harga tiket tempahan awal atau ‘early bird’ bagi menyaksikan Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria adalah RM170 (Free Standing), RM220 (Seating), RM280 (Premium Seating) dan RM3,500 termasuk peluang beramah mesra (VIP Box).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Indonesia, Putri Anne akhirnya membuka mulut mengenai punca dia tidak lagi mengenakan hijab selepas lama menjadi tanda tanya netizen.
Dalam satu sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, bintang sinetron yang juga isteri kepada pelakon terkenal, Arya Saloka, mengaku bahawa perceraian menjadi sebab utama dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Ketika sesi tersebut, seorang pengikut bertanya mengapa dia membuka hijab kerana menurut mereka, dia kelihatan lebih cantik dengan penampilan yang tertutup.
“Kak, kenapa buka hijab? Dah cantik. Mungkin sebab bercerai dengan Arya Saloka ya?” tanya seorang warganet
Tanpa berselindung, Putri Anne mengiyakan perkara tersebut tanpa berselindung.
“Lah, menurut awak kenapa? Ya, iyalah sebab saya bercerai. Duh!” balasnya dengan nada berseloroh.
Penampilan berhijab Putri Anne ketika masih bersama Arya Saloka
Tambahnya lagi, jika dia masih menjadi isteri kepada Arya, dia mungkin masih memakai hijab sehingga kini.
“Kalau saya masih jadi isterinya, ya saya masih pakai lah,” ujarnya sambil memberi isyarat kepada pengikutnya supaya berfikir.
Untuk rekod, Putri Anne dan Arya Saloka sebelum ini dikhabarkan telah berpisah secara senyap namun tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak. Malah, Anne juga tidak pernah mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka.
Imbas kembali, Puteri Anne berkahwin dengan Arya Saloka pada tahun 2017 sebelum berpisah. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ibrahim Rumi
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi terkenal era 1970-an, Uji Rashid merakamkan rasa syukur apabila anaknya, Cico atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Haharap Jamaludin kian menunjukkan perkembangan positif selepas dikatakan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Uji memaklumkan sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.
Bagaimanapun, keadaan kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.
“Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan.
“Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.
Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi demi mengembalikan ingatannya.
“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.
“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.
Malah, Cico juga kerap membawa anaknya Rindu Nur Fitrah, 10, bersama.
Uji menambah, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.
“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.
“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nora Ariffin memaklumkan dia bersama keluarga besarnya telah pun selamat menganjurkan majlis tahnik buat cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini sudah mencecah usia tiga bulan pada Sabtu.
Nora menerusi pautan video yang dimuat naik bersama beberapa foto sekitar majlis turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah syukur pada Allah swt selesai tahnik & cukur rambut yg kami buat among family saja utk Ayden Johan yg dah masuk 3 bulan.
“Maaf tak daoat jemput saudara mara & sahabat sbb MCO.
“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dpt kongsi & buat moment ni utk cucu pertama, bersama anak2 menantu & besan tersayang.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yg tahu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi Hanya Satu ini pada masa sama turut mendoakan agar cucu lelakinya itu membesar sebagai anak soleh.
“Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. Insya-Allah,” mohonnya sambil disusuli dengan kredit.
Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!