Bintang terkenal Thailand, Bright atau nama penuhnya Vachirawit Chiravee akhirnya terbuka mengaku bercinta dengan rakan selebriti Pornnappan Pornpenpipat yang lebih mesra dikenali sebagai Nene.

Desas desus mengenai hubungan mereka disahkan sendiri oleh aktor dan penyanyi tersebut melalui laman media sosial X miliknya.

“Helo, peminat dan rakan saya yang dikasihi, ini Bright. Saya tahu ada berita baru-baru ini yang mungkin membuatkan anda terkejut.

“Saya cuma ingin menjelaskan beberapa perkara, terutamanya untuk peminat saya yang sentiasa mengambil berat dan ingin tahu tentang keadaan saya. Ya, kami benar-benar bercinta,” katanya.

Dia juga kemudiannya menambah bahawa dia ingin memohon maaf kepada peminatnya jika berita tersebut menyebabkan mereka kecewa.

IKLAN

Bright Akhirnya Terbuka Akui Bercinta Dengan Nene Pornnappan Pornpenpipat

“Saya ingin meminta maaf kerana mengejutkan anda semuadengan berita ini. Kami benar-benar tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa atau mendatangkan sebarang ketidak selesaan,” katanya.

Bintang berusia 26 tahun itu  kemudian menekankan bahawa dia hanya mahu menjadi jujur dan menyebarkan cinta melalui kerjanya.

IKLAN

“Mereka yang telah lama mengikuti saya tahu bahawa saya sentiasa berusaha untuk menghormati dan jujur kepada diri sendiri. Fokus saya sentiasa untuk menyebarkan kasih sayang dan bersikap positif melalui kerja dan dedikasi saya.

 “Saya amat berterima kasih atas segala-galanya yang telah membentuk saya menjadi diri saya hari ini, dan untuk semua kasih sayang dan sokongan yang saya terima.

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong dan menyayangi saya. Ia sangat bermakna,” ujarnya panjang.

IKLAN

Bright sebelum ini memulakan langkahnya dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 lagi namun hanya benar-benar menempa nama menerusi siri Together: The Series yang disiarkan pada 2020.

Popularitinya yang memuncak menjadikan dia antara selebriti kelas A daripada Thailand yang menjadi perhatian dunia. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, dia juga merupakan seorang pempengaruh terkenal dalam dunia fesyen antarabangsa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI