Penyanyi Tom menjelaskan sebab dia mendedahkan mesej yang pernah dihantar wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine kepada suaminya, Fuad Rahman kepada umum di laman media sosial, pada Khamis.
Menurut Tom, dia pada awalnya bimbang sekiranya perkara ini akan menggangu keharmonian rumah tangganya.
“Bagi saya, lagi baik la saya dedahkan dari biar orang bermesej-mesej di belakang-belakang. Kita pun takut. Tipulah kalau cakap tak takut.
“Awak pun bukan tak cantik.
Jauh la dengn saya ni. Berbakul-bakul awak tu cantik.
“Kita sebenarnya ambil tahu cerita ini hari-hari dan memang suka dengan karakter awak dalam kes ni. Keberanian awak buka segala rahsia-rahsia yang ada,” tulisnya di Instagram Stories.
Katanya lagi, sebagai isteri, dia rasa kurang selesa bila ada pihak luar cuba mendekati suaminya.
Ads
“Kita memang kesian sebenarnya bagi pihak Bella tapi awak DM laki kita. Telefon-telefon Fuad. Fuad pula tak kasi balas takut berpanjangan.
“Kita pun takut, daripada bermesej fasal masalah, jadi fasal lain pula,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu akui khilaf apabila secara spontan nombor telefon Sarah kepada umum tanpa disengajakan.
“Fuad kata post sahaja dan tag di media sosial. Lepas tu sekarang nak saman saya RM100,000 hingga RM300,000 sebab viralkan awak punya nombor telefon. Awak bagi nombor telefon pun kita tak perasan. Kita main post sahaja.
“Matilah nak kena bayar ratus-ratus ribu dan penjara bagai. Anak aku siapa nak jaga? Awak ingat kita banyak duit ke nak membayarnya,” katanya lagi.
Ads
Malah, Tom juga bersetuju untuk memadam semua hantaran yang memaparkan nombor telefon Sarah.
“Baik duit tu bayar buat besarkan anak-anak. Harap awak faham kita sayang family kita. Hidup kita untuk family kita.
“Jangn awak datang musnahkan hidup kami dan anak-anak. Kejap lagi kita delete.
Ads
“Terpulang la nak saman ke apa. Kita tiada hak nak halang cuma lepas ni tolong jangan DM suami saya lagi di belakang.
“Ikutkan awak boleh DM saya dulu. Takutlah kene saman. Kita ni baru je nak mula hidup baru,” akhirinya.
Terdahulu, Tom meminta Sarah untuk berhenti menghubungi suaminya memandangkan dia dan Fuad tidak mahu masuk campur di dalam apa sahaja hal berkaitan orang lain.
Sejak semalam, Sarah tampil membuat pendedahan beberapa lagi bukti perbualan dipercayai Aliff Aziz dan Ruhanies yang tertera inisial (NRF) menerusi aplikasi WhatsApp.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas didakwa menipu dalam urusan pembelian rumah melibatkan pelakon, Fathia Latif, usahawan yang juga suami kepada penyanyi Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil mempertahankan dirinya, susulan dakwaan yang dibuat Fathia, pada Isnin.
Menurut Mahadi, dakwaan tersebut tidak benar dan dia juga tidak pernah terlibat di dalam industri perumahan.
“Saya Mahadi Badrul Zaman yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi ingin menegaskan dengan tegas bahawa saya tak pernah terlibat dalam sebarang industri perumahan,” tulisnya.
Penjelasan itu dikongsikan Mahadi menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Mahadi turut memaklumkan dirinya dia juga tidak pernah berurusan dengan Fathia sebelum ini.
“Saya tidak mengenal secara langsung mahupun tidak langsung individu yang bernama Fathia Latif seperti yang disebutkan dalam kenyataan di halaman Mstar,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, portal media melaporkan mengenai kenyataan yang dibuat Fathia ketika satu sesi siaran langsung di Instagram yang mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.
Dakwa Fathia, rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan meskipun harus membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit: Instagram Datuk Seri MahadiBZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fazreen Rafi memaklumkan keadaan dirinya kini kurang sihat sehingga terpaksa membuang air besar lebih 50 kali.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu pelakon berusia 36 tahun itu berkemungkinan mengalami jangkitan kuman di bahagian perutnya dan bakal melalukan ujian susulan.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata mengharapkan tiada masalah kesihatan serius bakal berlaku.
“Pertama dalam sejarah hidup, buang air besar lebih 50 kali. Sampai tak tahu dah nak buang apa lagi. Doktor cakap ada infection dalam perut, esok akan ‘scope’.
“Hopefully tak ada apa-apa yang serious,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon drama bersiri Titian Takdir itu kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Pelakon Ezzaty Abdullah ada memuat naik dedikasi istimewa bersempena dengan kelahiran anak pertamanya, tanggal 6 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzaty ada memuat naik foto throwback saat mengandungkan Harum Dalia.
“Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam.
“Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.
“Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah,” tulis Ezzaty panjang lebar.
Nama Vitalia Sesha suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan penampilan berani di samping terkait dengan pelbagai skandal. Namun siapa sangka, selebriti berusia 39 tahun...