Pelakon, Meerqeen memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai kontroversi yang membabitkan namanya dan kekasih gelap kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 22, dia kini hanya mahu fokus pada karier, misalnya filem terbaharunya iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
“Saya tiada apa yang mahu dikatakan ketika ini kerana semua datang ke sini untuk filem terbaharu saya, Harimau Malaya.
“Saya pun mahu fokus pada kerja saya,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ditanya sama ada kontroversi terbaharu ini memberi kesan pada dirinya, Meerqeen berkata dia kini sedang menjalankan penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, justeru tidak mahu isu berbangkit itu menganggu kerjanya.
“Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.
Ads
“Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’ jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja,” katanya lagi.
Meerqeen pada masa sama akui tidak membaca komen di media sosial.
“Saya tiada masa untuk sesiapa walaupun keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.
Ads
“Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon, saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini.
“Tapi saya tahu apa yang saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya,” katanya.
Ads
Berkongsi lanjut mengenai filem arahan Datuk Afdlin Shauki yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu, Meerqeen berkata dia seronok dapat bekerja di bawah pengarahan sutradara tersebut.
“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Saya seronok bekerja dengannya dan mengharapkan peminat dapat menerima lakonan saya dengan baik,” katanya.
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.
Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon remaja, Nur Qistina Raisah mendedahkan dia hanya sempat menikmati alam persekolahan di sekolah selama 10 hari sahaja sebelum memilih untuk meneruskan sistem pengajian secara ‘homeschooling’.
Nur Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 15, berkata, dia memilih alternatif tersebut ketika berusia tujuh tahun susulan mahu memberi komitmen dalam lakonan pada masa sama.
“Saya belajar dari rumah sejak darjah satu. Saya hanya bersekolah (di sekolah) selama 10 hari sahaja. Kalau nak diikutkan, memang tak ada pengalaman misalnya berada di kantin sekolah.
“Saya ambil keputusan untuk meneruskan pengajian di rumah kerana pernah ‘dibuang’ susulan kerap tidak hadir ke sekolah memandangkan ketika itu jadual penggambaran saya penuh.
“Namun saya memang bercadang untuk kembali sekolah pada usia 12 tahun bagi mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kemudian saya memang rancang nak masuk (sekolak) balik akan tetapi tiba-tiba dapat pula tawaran untuk berlakon di Itali. Mungkin cikgu ingat saya pergi bercuti, jadi saya kena buang sekolah terus.
“Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja,” katanya yang kini mengambil beberapa subjek pengajian antaranya Bahasa Mandarin dan muzik (bermain gitar).
Tambah Nur Qistina lagi, setiap subjek yang dipelajari di rumah mengikut kelapangannya sebagai pelakon dan setiap sesi pembelajaran berkenaan akan berjalan selama empat hingga lima jam.
Ditanya sejauh mana pendiriannya di antara kepentingan akademik dan kerjaya pula, dia kini lebih selesa untuk bekerja sambil belajar.
“Saya memang menyedari akan istilah ‘beauty with brain’ dan saya sendiri ada teringin untuk sambung menyambung pengajian di luar negara contohnya. Tapi itu dulu dan kini saya fikir dan percaya Allah sudah atur perjalanan hidup.
“Setiap orang lain-lain mereka punya rezeki. Jadi saya rasa ini tanggungjawab saya sebagai pelakon dan saya bersyukur. Mungkin ada segelintir yang belajar tinggi susah untuk berjaya.
“Jadi saya yang sudah mulai bina nama dan karier dalam bidang ini, saya reda dan teruskan sahaja. Begitulah,” katanya lagi.
Nur Qistina ditemui sejurus Sidang Media Filem Rahsia yang bakal ditayangkan di pawagam 10 Ogos depan.
Rahsia yang diinspirasikan daripada filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik serta enam kategori Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-7 pada 1987.
Selain Nur Qistina, filem ‘reboot’ berkenaan turut menampilkan pelakon barisan pelakon lain seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom telah mendedahkan nama anak keduanya, Idris.
Difahamkan ini, cahaya mata lelaki ini adalah hasil pekahwinan keduanya bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
“Salam Jumaat Humans!! Say hello to Idris Bin Shamsul Annuar #alhamdulillah #doakanyangbaikbaik,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada abang kepada aktres jelita Siti Saleha itu.
Sebelum ini, Sam pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq, 4 tahun.
Namun, pasangan ini bercerai sekitar Januari 2019.
Selepas itu, Sam mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada 10 Disember 2020.
Foto: Instagram Sam Bunkface
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda akui teruja selepas diberi peluang menawarkan diri untuk memainkan peranan sebagai hantu di rumah hantu Night Of Fright, Sunway Lagoon baru-baru ini.
Menurut Nabila, dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk terlibat di dalam acara tahunan tersebut sejak menjadi pengunjung dua tahun yang lalu.
“Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini dan saya sangat teruja dapat memenuhi hajat diri sendiri.
“Saya pernah berada di sini dua tahun lalu sebagai penonton dan masa itulah saya rasa seronok tengok mereka yang bersungguh-sungguh dan kebanyakkan mereka sangat muda dan berbakat,” tulisnya.
Katanya lagi, meskipun sudah mempunyai pelbagai pengalaman melakonkan watak seram, namun, perasaan beraksi di rumah hantu sangat berbeza.
“Abil dah ada experience depan camera, atas pentas teater, tapi yang ni, belum pernah. So kita pun tanamkan lah hasrat, satu hari nanti kite nak cuba lah.
“Lepas tu last month, Abil nampak dorang tweet cakap nak buat audition, she pun dengan taktau malunya, reply tweet tu,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Munafik itu menerusi sebuah hantara yang dikongsikan di Instagram.
Tambah Nabila lagi, dia juga dapat merasai pengalaman bekerja seperti orang kebanyakkan sepanjang menyertai acara tersebut.
“Then dari situ, saya terus volunteer myself untuk kerja dan dalam masa yang sama, Abil just nak experience, nak kerja macam orang biasa. Nak tengok cara dorang training dan semualah. At the same time, saya pun dapat ilmu baru.
“Dorang tak offer Abil tapi abil yang offer diri sendiri. Boleh eh gitu? When it comes to Nabila Huda, nothing impossible,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi entri yang sama, Nabil turut berkongsi video sewaktu menjalani latihan di rumah hantu tersebut.
Bagaimanapun, disebabkan tuntutan kerja, Nabila difahamkan hanya berkesempatan untuk menyertai acara tersebut selama sehari sahaja.
Sumber & Kredit: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.