
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya mengesahkan dirinya sah bercerai dengan isterinya, Siti Khalizah Alihan, April lalu.
Perkara itu dimaklumkan Fikry menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Selasa.
Menurutnya, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan hal tersebut, sebaliknya memerlukan masa untuk mengumpul semangat sebelum berkongsi berita itu kepada umum.
“Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi bahawa saya dan bekas isteri telah berpisah sejak 173 hari yang lalu.
“Saya memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi kerana ada perkara yang lebih baik disimpan dan dilalui dengan tenang.
“Bukan kerana mahu menyembunyikan, tetapi kerana saya perlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuanNya,” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon filem Libang Libu ini menyifatkan perceraiannya sebagai takdir yang sudah tertulis dan enggan menyalahkan mana-mana pihak.
Malah, Fikry turut mendoakan semoga bekas isterinya itu terus berada dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan.
“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama, dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza.
“Saya doakan semoga dia sentiasa dipelihara Allah, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.
“Dan saya juga berdoa agar Allah memberikan saya ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya lagi.
Baca Artikel Lain;

Fikry Tetap Simpan Rasa Hormat Buat Bekas Isteri
Jelasnya lagi, sebagai bekas suami, dia tetap menyimpan rasa hormat dan penghargaan terhadap wanita yang pernah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidupnya.
“Walaupun kini kami tidak lagi bersama, dia tetap pernah menjadi seseorang yang saya cintai dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.
Anda mungkin berminat dengan
“Untuk itu, saya memilih untuk mengenangnya dengan doa, dan terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya.
“Semoga Allah menjaga kita masing-masing, mengampuni segala kekurangan, dan menggantikan setiap yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik,” akhirinya.
Fikry dan bekas isterinya bernikah dalam majlis tertutup di Jitra, Kedah, pada 12 Februari tahun lalu.
Pada Mei tahun sama, Siti Khalizah dilapor memfailkan permohonan cerai terhadap Fikry di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan alasan tiada persefahaman.
Bagaimanapun, Jun lalu, Siti Khalizah dilapor menarik balik permohonan cerai itu.
View this post on Instagram
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

