Ads

“Terima Kasih Diatas Segala Jasa…,” – Al-Fatihah… Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia, Alif Satar & Rita Rudaini Luah Rasa Sayu

Pelakon dan pengacara, Alif Satar turut berkongsi rasa sayu atas pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Alif turut menitipkan doa agar Allahyarhamah Dr Siti Hasmah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Innalillahiwainnailayhirojiuun. Allahummaghfirlaha, warhamha, waafihi, wafuanha.

“Semoga Allah jauhkan azab kubur, dan tempatkan roh Almarhumah Tun Siti Hasmah dikalangan hambaNya yang beriman dan soleh,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon, Rita Rudaini turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian isteri kepada negarawan itu.

Menurut Rita, dia menyifatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah sebagai wanita yang lemah lembut serta mempunyai banyak jasa terhadap negara.

Ads

Malah, Rita turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Perginya Seorang Wanita Yang Begitu Dihormati…” – Rita

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Perginya seorang wanita yang begitu dihormati, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Terima kasih atas segala jasa, kelembutan, ketenangan dan teladan yang ditinggalkan sepanjang hayat.

Ads

“Semoga Allah SWT mengampuni segala khilaf beliau, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga tenang di sana,” kongsinya lagi.

Selain mereka, rakan artis lain turut menitipkan doa sertq memberikan penghormatan terakhir buat figura wanita yang cukup dihormati itu.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham Dr. Siti Hasmah telah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama.

Ads

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada Ogos 1956.

Hasil perkongsian hidup hampir tujuh dekad, pasangan negarawan ini meninggalkan tujuh orang cahaya mata.

Perkembangan berikutnya bakal menyusul.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar & Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Tun Dr Hasmah Mohd Ali Meninggal Dunia di IJN

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) pagi...