Ads

Jazmy Juma Rupanya Sudah Ada Lagu Sendiri Sejak 2024, Bukan Sebab Ikut Trend Hero Drama Menyanyi…Ulas Jika ‘Kuterima Bahagiamu’ Tembusi AJL

Pelakon yang kini muncul menerusi single berjudul Kuterima Bahagiamu, Jazmy Juma menegaskan penglibatannya dalam bidang nyanyian bukan sekadar mengikut trend segelintir pelakon lelaki yang kini turut mencuba nasib sebagai penyanyi.

Sebaliknya kata Jazmy, kecenderungan seseorang pelakon untuk menceburi bidang nyanyian bergantung kepada minat serta kepuasan peribadi masing-masing.

Jazmy Juma Rupanya Sudah Ada Lagu Sendiri Sejak 2024, Bukan Sebab Ikut Trend Hero Drama Menyanyi…Ulas Jika ‘Kuterima Bahagiamu’ Tembusi AJL

“Saya bukan ikut trend. Ia bergantung kepada individu. Ada juga pelakon lelaki yang tidak suka menyanyi. Seperti Amir Ahnaf, kita memang tahu dia suka menyanyi dan main alat muzik.

“Pada saya, nyanyian ini merupakan satu kepuasan lain yang kita boleh luahkan. Ada orang yang suka luahkan perasaan dalam nyanyian dan ada juga yang luahkan perasaan menerusi lakonan.

“Ia bergantung kepada pelakon-pelakon hero itu. Tak semua hero suka menyanyi. Mungkin kebetulan trend sekarang ramai pelakon hero nak cuba bidang nyanyian juga,” katanya kepada MH.

Bintang Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dua Nyawa, baru-baru ini.

Ads

Lagu Kuterima Bahagiamu turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi bagi drama arahan Riza Baharudin itu.

Sudah Lama Ceburi Bidang Nyanyian

Mengulas lanjut, Jazmy menjelaskan dia sebenarnya sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.

Jazmy Juma Rupanya Sudah Ada Lagu Sendiri Sejak 2024, Bukan Sebab Ikut Trend Hero Drama Menyanyi…Ulas Jika ‘Kuterima Bahagiamu’ Tembusi AJL

Malah, dia pernah menerbitkan single berjudul Gelora pada 2024.

“Sebelum ini, saya pernah punyai single bersama Warner Music cuma ketika ini, saya bekerjasama dengan pihak Universal Music yang bertindak sebagai pihak pengedar.

Ads

“Selama ini, saya hanya bergerak sebagai artis independent. Saya tidak berikan penekanan terhadap bidang nyanyian kerana sibuk dengan jadual penggambaran.

“Kini, saya sudah pun menyusun masa saya dan ia waktu yang terbaik untuk kembali fokus dalam dunia nyanyian. Saya memang serius mahu bergelar penyanyi,” ujarnya lagi.

Impian Tembusi Pentas Anugerah Juara Lagu

Dalam pada itu, Jazmy turut berharap agar tahun 2027 bakal membuka lebih banyak peluang untuknya mengembangkan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Malah, dia juga menyimpan hasrat untuk membuat persembahan di pentas yang lebih besar, termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Jazmy Juma Rupanya Sudah Ada Lagu Sendiri Sejak 2024, Bukan Sebab Ikut Trend Hero Drama Menyanyi…Ulas Jika ‘Kuterima Bahagiamu’ Tembusi AJL

“Saya berharap pada tahun 2027, saya dapat buat lebih banyak persembahan dalam bidang muzik. Saya pun tak tahu apa yang Allah SWT susunkan buat saya.

“Namun, saya harap akan ada lebih banyak peluang untuk saya ceburi bidang nyanyian. Saya tak tahu bagaimana perasaan bergelar penyanyi profesional.

“Seandaikan diberikan rezeki lagu saya tercalon untuk AJL, mungkin matlamat saya akan lebih besar selepas itu.

“Namun ketika ini, sebelum saya bergelar penyanyi profesional, saya akan cuba sedaya upaya untuk cari apa lagi kelebihan dan dapatkan bantuan daripada orang-orang sekeliling terutamanya para komposer,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Datuk Seri Vida

“Takut Keluar Rumah Sebab Orang Mengata Hitam Huduh” – Vida Imbas...

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi foto lama anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, yang mencetuskan...