‘Girl group’ sensasi Malaysia, Dolla kini kembali menggegarkan industri muzik dengan single terbaharu mereka berjudul MWA!, selepas hampir setahun.

Dengan sentuhan rentak eksperimental dan inspirasi daripada irama Brazilian funk, lagu ini kini menarik perhatian peminat dari seluruh dunia.

Menurut Dolla, idea lagu ini hadir sebagai kesinambungan kepada Damelo, namun kali ini muncul dengan elemen yang lebih segar dan berani.

“Kami peminat tegar muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta.

Ads

“Dari situ, tercetus idea untuk hasilkan lagu berinspirasikan Brazilian funk yang boleh membawa sesuatu yang baharu ke pasaran muzik Malaysia,” kongsi mereka.

Curi Perhatian Global

Sejak dilancarkan, MWA! telah meraih beberapa pencapaian membanggakan, termasuk debut di tangga keenam dalam Carta RIM Malaysia dan mencapai tontonan lebih satu juta di YouTube hanya dalam beberapa minggu.

Lagu ini turut mendapat sambutan menggalakkan di media sosial, apabila ia menarik perhatian peminat dan pencipta tarian dari Brazil, Thailand dan Amerika Syarikat.

Ads

Dolla Terus ‘Mendonia’, Curi Perhatian Global! – “Kami Peminat Tegar Muzik Brazil, Sangat Mengagumi Anitta.” Dolla Terus ‘Mendonia’, Curi Perhatian Global! – “Kami Peminat Tegar Muzik Brazil, Sangat Mengagumi Anitta.”

Impian Ke Pasaran Antarabangsa

Sebagai sebahagian daripada rangka promosi, Dolla telah mengadakan acara bersama peminat di Bukit Bintang dan terbaharu di IOI City Mall, minggu lalu.

“Kami sangat gembira melihat sambutan yang hangat dari seluruh dunia, dan berharap dapat terus mengembangkan Dolla dan MWA! di peringkat antarabangsa.

Ads

“Harap dapat membawa nama M-pop lebih jauh lagi,” ujar mereka yang turut terharu dengan reaksi positif peminat terhadap single ini.

“Kami juga amat menghargai semua sokongan dan sangat teruja melihat ramai yang menyahut cabaran tarian MWA!. Teruskan sokongan anda,” kongsi mereka lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Menyala 🔥🔥 Bila Dolla bikin ‘Mwa Heist’ yang kedua semalam. Memang on point masing-masing! 💋 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI