
Pelakon terkenal Malaysia, Carmen Soo, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri) di Pesta Perdana 2025 yang berlangsung pada 24 Mei lalu di The Theatre at Mediacorp, Singapura.
Kemenangan yang dirangkul Carmen adalah menerusi lakonan mantap beliau sebagai Lily dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
Drama bersiri tersebut merupakan sebuah drama berlatarbelakangkan era 1950-an yang mengisahkan dua anggota polis menyiasat penculikan pegawai atasan mereka di tengah-tengah kekacauan dunia kongsi gelap.
Dalam ucapan kemenangannya, Carmen berterima kasih kepada pasukan produksi dan barisan pelakon drama bersiri itu kerana menjadikan momen tersebut satu pengalaman berharga selain turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada suami serta anaknya.

Menariknya, turut tersenarai dalam kategori yang sama bersama Carmen ialah seorang lagi selebriti terkenal Malaysia, Fauziah Latiff, yang tercalon menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri Mencari Marina.
Tiga lagi pelakon Singapura yang turut tersenarai dalam kelompok top 5 ialah Izyan Mellynna (Raja Bundle), Rosita Hussain (Makan INC) dan Wahyu Rahman (Krisalis).
Sekadar info, Pesta Perdana merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Mediacorp di Singapura untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri hiburan Melayu tempatan.
Acara ini dianggap sebagai versi Melayu kepada Anugerah Emmy atau Star Awards di Singapura, dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Suria.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI