Selepas dikritik gara-gara babak mencampak bayi, pengarah, Feroz Kader tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sewaktu penggambaran drama Dia Imamku.

Menurut Feroz, video tular itu tidak memaparkan situasi penggambaran secara menyeluruh dan pihak produksi sebenarnya sudah pun membuat persiapan rapi untuk menjayakan adegan tersebut.

Babak Campak Bayi Dikecam, Feroz Kadir Jelaskan Situasi Sebenar – “Kami Ambik Berat Soal Keselamatan.”

“Saya memuat naik video ini dengan tujuan untuk menjelaskan satu adegan di dalam drama ini yang memaparkan seorang pelakon lelaki yang mengambil budak kecil dan membalingnya ke bawah.

“Ingin saya jelaskan, daripada video tersebut, anda hanya melihat jurukamera. Sebenarnya, di sebelah jurukamera ada seorang lagi team produksi yang sangat dekat.

“Ketika pelakon itu nak baling (bayi), team produksi kami telah menyambut budak tersebut daripada pelakon.

“Dengan kata lain, memang tiada apa-apa yang berlaku. Kita memang pastikan keselamatan bayi itu terjaga,” katanya.

Ads

Feroz berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii)

Bayi Selamat, Dipantau Ibu

Pada masa sama, Feroz turut memaklumkan bayi tersebut berada dalam keadaan selamat dan situasi itu turut dipantau oleh ibunya.

Babak Campak Bayi Dikecam, Feroz Kadir Jelaskan Situasi Sebenar – “Kami Ambik Berat Soal Keselamatan.”

“Ketika penggambaran tersebut berlangsung, ibu kepada budak kecil itu ada di sebelah. Ibunya juga memerhati segala yang berlaku ketika penggambaran.

Ads

“Dia pun faham yang babak tersebut sangat selamat untuk dijalankan. Kita juga sudah persiapkan hal-hal keselamatan. Walaupun itu bukanlah adegan berat, itu hanya kamera trick sahaja,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Feroz turut memaklumkan pihak produksi tidak akan sesekali memandang ringan tentang faktor-faktor keselamatan melibat para pelakon.

“Saya sebagai pengarah, team produksi dan wakil pihak syarikat sangat mengambil berat tentang keselamatan pelakon kita terutamanya budak kecil yang terlibat di dalam drama kami.

“Kami tidak akan buat adegan di luar kemampuan kami yang akan mengakibatkan budak itu cedera,” katanya lagi.

Ads

Pada masa sama, Feroz turut memaklumkan dirinya menerima segala teguran dan akan memperbaiki kesilapannya pada masa akan datang.

“Saya ingin mengucap terima kasih di atas segala komen-komen anda. Kami mengambil berat dan memandang serius setiap komen-komen yang diberikan,” akhirinya.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah klip yang memaparkan adegan pelakon, Farhan Asri yang mencampak bayi ketika penggambaran drama, Dia Imamku.

Rata-rata netizen menyifatkan babak tersebut agak keterlaluan dan mereka juga bimbang dengan keselamatan bayi tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Farhan Asri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI