Gitaris JoBranko memaklumkan dia berhak untuk membawakan apa sahaja lagu di Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ pada 28 Jun depan, termasuk lagu daripada kumpulan lamanya, Wings.
Menurut JoBranko atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, kebanyakan lagu yang akan dibawakan itu ialah hasil ciptaannya dan ia sebagai tambahan memandang Barbarik baru mempunyi enam buah lagu baharu.
“Saya boleh bawakan lagu sesiapa pun sebab ini konsert kami. Kebanyakkan lagu-lagu itu diciptakan oleh saya. Saya mahu buat lagu-lagu itu lebih segar pada malam konsert nanti.
“Barbarik baru ada enam buah lagu baru. Jadi, kita memang perlukan lagu-lagu di zaman saya dan Muss May.
“Ada kalanya, peminat mahu dengarkan muzik dan bunyi yang asal. Saya boleh jamin kalau kami mainkan lagu-lagu dari kumpulan lama saya dan Mus, anda akan dengarkan seperti mana kita rakam dahulu.
“Kalau ikutkan, macam-macam lagu peminat minta. Jadi, kita bagi sikit-sikit dahulu,” katanya kepada MH.
Ads
Pemuzik itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Album & Konsert Peluru Cokelat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ada Segmen ‘Retro Akustika’
Katanya lagi, konsert ini turut mempunyai segmen ‘Retro Akustika’ bersama barisan gitaris undangan iaitu Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza dan diiringi oleh lapan orang barisan ‘string octet’.
Segmen ini bakal membawa penonton melewati garis masa era 1980an dan 1990an dengan lagu lagu malar segar.
Ads
“Pada saya, ini ialah sebuah konsert baharu. Pada masa sama, ia tidak berapa baru juga. Baru itu mungkin dari segi meterial. Saya mahu konsert ini ada isi agar mereka yang datang puas hati.
“Maka, timbullah idea untu mengadakan ‘Retro Akustika’. Terima kasih kepada Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza kerana sudi bergabung dengan Barbarik.
“Kita juga akan diiringi lapan orang barisan ‘string octet’,” kongsinya lagi.
JoBranko turut memaklumkan, konsert ini tidak akan mempunyai banyak selingan dan mereka akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap persembahan pentas.
Ads
“Konsert ini tidak akan membuang masa. Dari mula sampai habis, ia akan terus berjalan. Bila saya dapat penyanyi yang betul-betul fokus, barulah saya boleh buat konsert yang penonton nak pergi ‘tandas’ pun rasa sayang.
“Kalau mereka tertinggal, mereka akan tercicir momen-momen yang best. Kita akan selang seli dengan repertoire yang orang tidak akan jangka,” akhirinya.
Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.
Tiket dijual bermula pada harga RM150 (Free Standing), RM280 (VIP Seating) RM380 (VVIP Seating) dan RM8,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
“Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
“Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
“Dia macam sebak tapi lega. Sangat berdebar duduk atas pelamin tadi sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Alhamdulillah, semuanya dah selamat,” katanya, lapor Harian Metro.
Majlis Serba Romantis
Erissa Puteri yang juga bintang Ceria Popstar turut mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis ini, Erissa Puteri menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Sebagai lambang kasih sayang, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan rantai emas dan berlian kepada Erissa Puteri.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan dan resepsi akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi tercalon bersama tunangnya, aktres Uqasha Senrose untuk kategori Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34.
Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, ini merupakan pencalonan kali kedua buat mereka seterusnya mengharapkan rezeki berpihak kepadanya mereka sekali lagi.
Bintang berusia 35 tahun ini turut sama tumpang gembira sekiranya ramai peminat menyukai gandingan mereka dan setia mengikutu drama rantaian Perempuan Tanpa Dosa yang bersiaran sekitar Oktober tahun lalu.
“Sebenarnya untuk kategori ini, kami sudah pernah raih pada tahun lepas dan syukur Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi tercalon. Jadi saya berharap kalau ada rezeki lagi… peminat suka gandingan itu serta memberi impak kepada orang ramai.
“Harapnya ada rezeki boleh menang, tambah lagi satu trofi dekat rumah,” katanya yang dalam sidang media drama rantaian Sihir, baru-baru ini.
Sementara itu Kamal akui teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama yang berunsur seram tersebut.
“Saya memang pengemar cerita seram jadi apabila dapat peluang untuk berlakon dalam drama ini sudah semestinya saya teruja dan drama ini lain daripada yang lain.
“Pada masa sama, naskhah tersebut banyak pengajaran selain menceritakan tentang perasaan hasad dengki orang dengan kita. Jadi untuk mereka yang di luar sana nak tahu, mungkin ini caranya bila kena sihir dan sebagainya.
“Sebab kadang-kadang mungkin orang tak tahu atau tidak sedar apabila secara tiba-tiba tidak suka atau hilang rasa saya dekat seseorang itu misalnya.
“Rupa-rupanya sudah terkena sihir. Jadi benda ini bahaya sebenarnya. Itu antara contoh yang boleh diambil,” katanya lagi.
Selain Kamal, drama Sihir arahan Michael Ang ini turut dibintangi Hun Haqeem, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad dan ramai lagi.
Drama 20 episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria mulai 1 November depan.
Foto: Instagram Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal melahirkan cahaya mata ketiga tidak lama lagi, pelakon Zizie Izette ada memuat naik foto terbaru menerusi Instagram.
Kongsi kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini, Zizie memaklumkan berat badannya sudah mencecah sehingga 88.4 kilogram dan pada ketika ini, dia akan menjamah apa sahaja makanan, memandangkan rutin pemakanannya akan dipantau ketika proses berpantang.
“Counting days to give birth. Berat dah naik 88.4kg!! I will eat all I want now, nanti musim berpantang dah kena jaga & dipantau,” kongsi Zizie yang turut membayangkan dirinya akan berkongsi sepanjang proses perkembangannya bersama pengikut media sosial.
“Wish me luck, yakin boleh,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Sementara itu, Zizie dah suami turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aarc Zayn Izette.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!