
Pelakon Siti Elizad terkilan dengan sikap segelintir pihak yang bercakap buruk mengenai suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman hanya kerana mereka memilih kehidupan secara sederhana.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, dia dan suami sangat bersyukur dengan kehidupannya saat ini meskipun tidak mewah seperti orang lain.
“Hidup saya tak mewah macam awak tapi alhamdullillah lebih dari cukup apa yang Allah bagi.
“Ramai sahaja orang yang hebat-hebat kami jumpa. Yang merendah diri. Tiada pula yang sampai pandang rendah pada kami,” tulisnya.
Perkata itu dikongsikan oleh bekas penyampai radio, Sinar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Suami Hebat
Katanya lagi, suaminya Shamsul Baharin Abdul Rahman disifatkan seorang yang sangat luar biasa dan sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
“Maaf saya bukanlah orangnya yang jenis nk melayan komen-komen negatif. Cuma janganlah bandingkan pasal suami.
“Allah dah tetapkan kami begini. Jadi, jalani saja dengan tenang. Tak kacau orang pun. Berhenti bercakap yang bukan-bukan fasal suami saya.
“Terlihat biasa dia mata awak tapi sangat luar biasa di mata saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Siti Elizad memuat naik perkongsian mengenai rumah tangganya itu di Instagram Story (IGs) dengan memaparkan momen dirinya bersama suami menyertai konvoi motosikal sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, semalam.
Siti Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul pada 11 Januari 2015.
Namun, pasangan ini belum dikurniakan rezeki cahaya mata ketika ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI