Isteri kepada mendiang Koperal Nurit Pandak, Jowissemborisxs Bah Johan, 36, diuji dengan takdir selepas kehilangan suami tersayang dalam tragedi rempuhan lori di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi semalam.

Lebih memilukan, pemergian Nurit berlaku dalam tempoh tidak sampai dua tahun selepas mereka kehilangan anak perempuan yang meninggal dunia akibat masalah jantung pada Februari 2024.

“Kami sudah berkahwin selama empat tahun. Sebelum ini, kami ada anak perempuan tetapi meninggal dunia pada tahun lepas kerana masalah jantung.

“Kini dia (Nurit) pula meninggalkan saya dan keluarga. Ini memang amat menyedihkan,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI), lapor Utusan Malaysia.

Jelas Jowissemborisxs, suaminya telah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota polis.

Ads

Tragedi Hitam

Terdahulu, media melaporkan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk Nurit, berlaku apabila konvoi kenderaan FRU dipercayai telah dirempuh sebuah lori membawa muatan batu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, insiden berlaku ketika konvoi yang terdiri daripada tujuh buah kenderaan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan penugasan sempena perayaan Chitra Pournami di Hilir Perak.

Kenderaan yang membawa 18 anggota dan berada pada kedudukan kelima konvoi telah dipercayai dirempuh secara tiba-tiba, menyebabkan kematian dan kecederaan parah kepada beberapa anggota.

Ads

“Hilang Anak, Kini Suami Pula” – Isteri Koperal Nurit Reda Ujian Berat Dalam Tempoh Dua Tahun

Kenangan Bersama Tetap Abadi

Dalam pada itu, Jowissemborisxs menyifatkan suaminya sebagai seorang yang berdedikasi dan menyintai kerjaya sebagai anggota polis.

Malah, selepas kehilangan anak mereka, Nurit tetap tabah dan kembali bangkit menyambung tugas demi amanah terhadap negara.

Ads

“Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan anak perempuan. Namun, dia sedih tidak lama dan menerima ketentuan itu sebaiknya.

Kini, saya terpaksa menerima kehilangannya setelah hidup bersama selepas lebih empat tahun,” katanya lagi.

Pemergian Nurit bukan sahaja satu kehilangan besar buat keluarganya, malah turut dirasai oleh rakan setugas serta seluruh warga pasukan keselamatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber: Utusan Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI