Pelakon Edika Yusof sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri pada jam 10.40 pagi, Isnin.
Lafaz tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
“Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini (Isnin),” lafaz Edika di hadapan hakim.
Menarik perhatian, sebelum lafaz cerai dilakukan, Edika enggan memberikan sebarang ucapan terakhir kepada bekas isterinya.
Ads
Hidayah bagaimanapun mengambil peluang memberikan ucapan terakhir kepada Edika sambil menitiskan air mata, mengakui keputusan yang diambil bukan sesuatu yang mudah.
“Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum.
“Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham,” jelasnya dan kedua-duanya dilihat saling bersalaman dan memohon maaf buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri.
Ads
Rumah Tangga 21 Tahun Berakhir
Terdahulu, pada 23 April lalu, Hidayah telah menyatakan 10 sebab utama kepada mahkamah yang menjadi punca permohonan cerai terhadap Edika.
Menurutnya, semua sebab tersebut adalah isu kritikal yang menyebabkan rumah tangga tidak dapat diselamatkan.
Ads
Untuk informasi, Hidayah memfailkan permohonan cerai pada pertengahan Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan mereka, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.
Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai siri TV, filem blockbuster, dokumentari dan rancangan realiti dari seluruh dunia secara terus tanpa perlu melanggan secara berasingan.
Lebih menarik, sempena pelancaran ini, Astro menawarkan promosi eksklusif kepada pelanggan Astro One, di mana mereka boleh menikmati akses selama dua bulan ke Prime Video tanpa sebarang caj tambahan.
Tawaran istimewa ini berlangsung dari 24 April hingga 23 Jun 2025, dan memberikan peluang keemasan kepada peminat hiburan untuk merasai pengalaman menyaksikan kandungan antarabangsa secara sah, mudah dan selesa dari rumah.
Dengan tema “Prime Moments Best with Astro”, kerjasama ini mempersembahkan pengalaman yang menyeluruh dan lancar dalam satu ekosistem yang tersusun. Segala kandungan eksklusif Prime Video seperti Amazon Originals, siri popular dan filem antarabangsa kini boleh diakses dalam satu platform.
Antara judul menarik yang kini tersedia dan tidak wajar dilepaskan termasuklah siri “The Divorce Insurance” yang merupakan sebuah drama penuh konflik dan emosi yang mengupas isu perkahwinan dalam dunia korporat. “Reacher” pula menghidangkan aksi dan ketegangan menerusi kisah Jack Reacher yang memburu kebenaran di sebalik pelbagai konspirasi.
Bagi penggemar drama Korea, “Marry My Husband” hadir sebagai sebuah kisah romantik yang sarat dengan emosi dan penuh kejutan. Manakala “The Boys” merupakan siri adiwira yang memaparkan sisi gelap kuasa dan ketamakan, dengan pendekatan naratif yang lebih matang dan mendalam.
Tidak kurang menarik ialah “Beast Games”, sebuah rancangan realiti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental para peserta dari pelbagai latar belakang, mencipta ketegangan dan inspirasi dalam setiap episod.
Selain tawaran kandungan antarabangsa, dengan Astro One, anda juga boleh menyaksikan rancangan tempatan yang tular kini seperti drama bersiri Dia Imamku dan First Wives. Pastinya lakonan daripada pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Mimi Lana dan Malek McCrone bakal buat anda terpukau.
Jika anda gemar rancangan berbentuk konsert, Big Stage Alpha akan menghiburkan hujung minggu. Membariskan 18 peserta, musim keenam ini menyuntik kelainan dengan menampilkan penyanyi lelaki sahaja.
Tidak ketinggalan untuk si cilik, rancangan seperti Mechamato The Movie sesuai untuk hiburan seisi keluarga dengan kelincahan karakter dan penyampaian mesej yang cukup positif. Buat si kaki sukan pula, anda boleh menyaksikan Sepak Takraw League 2025 yang kini sedang berlangsung untuk mencari pasukan paling unggul di Malaysia.
Untuk menikmati akses Prime Video ini, pelanggan hanya perlu mendaftar pelan Astro One dalam tempoh promosi.
Kehadiran Prime Video secara rasmi di dalam platform Astro One bukan sekadar menambah satu lagi sumber hiburan, malah membuka pintu kepada dunia kandungan global dengan lebih mudah dan berbaloi. Menampilkan lebih 100,000 koleksi hiburan untuk anda, kesemua kandungan di Astro One boleh distrim bila-bila masa oleh empat peranti dalam tempoh yang sama.
Jangan lepaskan peluang ini. Langgan Astro One hari ini dan bersedia untuk layan drama, filem dan rancangan terbaik dunia terus dari ruang tamu anda. Untuk maklumat lanjut layari www.astro.com.my.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pemergian suami tercinta tiga tahu lalu, Gery Hughes, penyanyi legenda Salamiah Hassan setakat ini tidak berhasrat untuk mencari pengganti.
Sebaliknya, Salamiah berharap agar dia dapat dipertemukan semula dengan arwah suami di syurga kelak.
“Saya tiada masa untuk dikejar. Saya mahu berjumpa dengan arwah suami di syurga jika diizinkan Allah. Arwah suami seorang insan yang sangat baik. Dia sudah membaca Al-Quran sebanyak dua kali dan dia lebih tahu daripada saya.
“Ketika kami mula berkenalan 20 tahun lalu, benda pertama yang saya bagi adalah Al-Quran beserta terjemahan. Di bibirnya sentiasa ucap ‘Assalamualaikum’.
“Hidup ini bukan mudah. Allah sudah beri apa yang saya mahu tapi hanya dua bulan sahaja. Saya kena terima hakikat ini.
“Takkan saya nak persoal takdir Allah pula. Ada sebab mengapa ini terjadi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gelombang ini berkata sedemikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia masih menyimpan mesej suara daripada arwah suami dan akan mendengarnya semula bila hati terasa rindu.
“Saya ada simpan mesej suara arwah di dalam telefon. Ada satu ketika saya nak padam tapi saya bimbang tidak akan mendengar suaranya lagi.
“Bila saya sangat rindu pada arwah, saya akan dengar suaranya selepas solat. Antara mesej-mesejnya adalah ‘I love you’, ‘where are you’ dan ‘assalamualaikum’,” katanya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada penyanyi Atilia Haron ini menyifatkan ikatan bersama suami sebagai cinta sejati.
“Saya berkahwin dengan arwah bukan kerana fizikal. Ketika berkahwin, kansernya sudah merebak ke paru-paru, prostat dan lain-lain. Pada saya, ini adalah cinta sejati.
“Saya bersyukur dapat pegang tangan arwah dan berjalan menemaninya ke hospital untuk jalani rawatan kemoterapi hampir setiap hari selepas berkahwin.
“Arwah suka menonton rancangan Mr. Bean sebelum ambil ‘morphine’ tapi kini saya tak boleh nak menontonnya lagi. Ini momen paling mahal yang dapat saya pelajari,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Salamiah mendirikan rumah tangga bersama Gerry pada 1 September 2022 di sebuah majlis di Tasmania, Australia dan Allahyarham meninggal dunia akibat kanser dua bulan selepas itu.
Dalam perkembangan lain, Salamiah bakal mengadakan persembahan istimewa bersama anaknya, Atilia Haron menerusi Konsert Gelombang Bahagiaku di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 16 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir empat tahun, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dirinya kini lebih cekal dan matang dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bersama suami yang kini bertugas di Sarawak.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, meskipun agak berat untuk menahan rindu, namun inilah pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan demi memberikan yang terbaik buat keluarga.
“Bukan mudah menjalani hubungan jarak jauh, tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa.
“Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata. Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan.
“Jadi, untuk soalan PJJ tu, Alhamdulillah, saya dah belajar terima,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, Jahat yang berlangsung di Aloft Hotel, Kuala Lumpur.
Apa yang menarik, lagu tersebut menjadi detik kerjasama pertamanya bersama komposer popular Indonesia seperti Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, di bawah terbitan Sony Music Malaysia.
Wany menambah, dia bersama anak perempuan, Aishah Al Iman, pasti akan terbang ke Sarawak untuk bertemu suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di sana.
“Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya.
“Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput. Suami suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itu waktu tenang kami,” kongsinya.
Meskipun tampak kuat di luar, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) itu tidak menafikan hatinya tetapberdoa agar urusan keluarga mereka sentiasa dipermudahkan.
“Perancangan untuk tinggal bersama itu sudah tentu ada malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.
“Rezeki pekerjaan dan ruang untuk tinggal bersama, semua itu saya mohon supaya dapat hidup sebumbung dengan suami.
“Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan Tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita,” katanya
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah yang kini hampir mencecah usia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...