Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand.
Bront, 47, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem seram The Cursed Land, arahan pengarah terkenal Thailand, Panu Aree.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Bront menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi miliknya baru-baru ini.
“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi yang jauh. Kini, mendapat pengiktirafan sebegini adalah sesuatu yang sangat luar biasa.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pasukan produksi The Cursed Land. Kerja keras anda menjadikan pencapaian ini amat bermakna.
Ads
“Saya berharap suatu hari nanti pawagam Thailand akan membuka ruang untuk lebih banyak kisah tentang suara-suara kecil dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di wilayah selatan negara itu,” tulisnya penuh makna.
Selain itu Bront turut berterima kasih kepada kru produksi dan menzahirkan perasaan gembira atas pengalaman berlakon dalam filem itu.
Ads
“Terima kasih khususnya kepada Panu Aree dan Kong Rithdee atas jemputan, dan kepada Nonzee Nimibutr (Penerbit Kreatif), Chankit (Sinematografi) dan Suraphi (First AD) atas kesabaran dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.
“Berkongsi skrin dengan pelakon berbakat seperti Ananda Mathew Everingham, Jennis, Allahyarham Sida Puapimon, dan gandingan duo Melayu (Han Zalini & Firdaus Karim) merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tambahnya lagi.
Pada anugerah tersebut, Bront berjaya mengenepikan saingan hebat dari pelakon-pelakon popular Thailand seperti Benjamin Joseph Varney (In Youth We Trust), Wanarat Ratsameerat (Taklee Genesis), Sanya Kunakorn (How to Make Millions Before Grandma Dies) dan Pongsatorn Jongwilas (How to Make Millions Before Grandma Dies) .
Ads
Dalam filem The Cursed Land, Bront memegang watak Heem dan lakonan mantapnya sekali lagi membuktikan keupayaannya menembusi industri perfileman serantau.
Terdahulu, Bront pernah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) pada tahun 2015.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama kecantikan, SKANDARL Beauty, secara rasmi dilancarkan di Malaysia yang menampilkan produk sulungnya iaitu serum bibir berwarna yang bukan sahaja memperindah, malah merawat dan menyuburkan bibir secara semula jadi.
Diasaskan oleh pelakon dan usahawan, Nina Iskandar, ia hadir sebagai lambang semangat dan pengalaman peribadi seorang wanita dalam menghargai kecantikan diri.
Sebagai seorang ibu, wanita bekerjaya dan insan yang pernah melalui keletihan emosi, Nina mencipta SKANDARL sebagai peringatan bahawa mencintai diri sendiri boleh bermula dengan langkah kecil.
“Ini adalah hadiah kecil dari hati saya untuk semua wanita yang mungkin telah terlupa betapa indahnya diri mereka. Saya juga pernah berada di tempat itu.
“Saya berharap serum ini dapat menjadi satu langkah kecil untuk membantu kita rasa yakin kembali,” katanya.
Serum bibir ini dirumus khas untuk semua peringkat umur dan gaya hidup.
Ia dihasilkan bagi memenuhi keperluan mereka yang mengalami masalah bibir kering, gelap atau kusam, termasuk individu yang tidak mempunyai masa untuk rutin solekan penuh.
Memberikan warna lembut berdasarkan pH bibir pengguna, serum ini sesuai digunakan siang atau malam sebagai produk penjagaan bibir yang menyihatkan, bukan sekadar kosmetik.
Baru-baru ini, majlis pelancaran SKANDARL di sebuah hotel terkemuka di ibu negara turut diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam kerana sudi hadir dan memberikan sokongan. Ia amat bermakna buat saya secara peribadi,” ujar Nina.
Sejak pelancaran awalnya di Brunei pada Mac lalu, SKANDARL mencatat pencapaian membanggakan apabila 80 peratus stok produk telah terjual dalam tempoh sebulan.
Nina meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterima, termasuk daripada para penaja utama dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelancaran jenama tersebut.
“Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada para penaja utama kami dan seluruhnya atas kepercayaan dan sokongan yang luar biasa. Terima kasih dari lubuk hati saya,” katanya lagi.
Melihat pada sambutan positif, Nina dan pasukannya kini merancang untuk memperluas rangkaian produk dengan pelancaran beberapa lagi item kecantikan lain menjelang penghujung 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.
Terdahulu pada minggu pengenalan, 18 peserta telah diperkenalkan namun enam daripada mereka iaitu Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman terpaksa meninggalkan pentas BSA, seterusnya gagal berada peringkat ‘The Big 12’.
‘The Big 12’ kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, masing-masing terdiri daripada enam peserta.
Namun, selepas penyingkiran Ashmirul dan Qarl G yang berada dalam kumpulan Alpha Prime, kini kumpulan tersebut hanya tinggal empat peserta.
Profil Peserta Alpha Prime
Rizal Rasid
Penyanyi asal Brunei ini pernah berkhidmat sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebelum aktif dalam dunia nanyian pada sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid sudah mempunyai beberapa buah single seperti Cukup, Nadi, Hubungan Tanpa Status dan banyak lagi.
Ariel Fesol
Ariel Fesol antara peserta yang harus diberikan perhatian memandangkan sebelum ini dia pernah mengikuti pertandingan realiti popular, Idola Kecil musim kedua. Mengambil cuti panjang daripada bekerja di awan biru, Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol juga pernah melancarkan beberapa single sebelum ini seperti Bersangka, Pernah dan Terkesima.
Izat Ibrahim
Izat ialah satu-satunya wakil tunggal dari Singapura di BSA. Panyayi berusia 34 tahun ini aktif memenuhi pelbagai jemputan nyanyian di negara kelahirannya dan baru sahaja menjuarai sebuah program nyanyian di Singapura. Sepanjang bergelar penyanyi, Izat sudah melancarkan beberapa buah single seperti Tiada Gunanya, What Went Wrong dan Tak Perlu Tahu.
Afiq Sky
Menjadi peserta paling muda, Afiq Sky yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun tidak bolej dipandanf sepi kerana dia berpengalaman membuat persembahan secara langsung. Ini kerana, Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli aktif sebagai penyanyi jalanan selain kerap muncul di dalam program TV.
Ashmirul
Amirul Ashraff Shafarudin atau Ashmirul, ialah penyanyi yang meminati genre Ballad, Pop, Reggae dan Alternatif Rock. Berumur 24 tahun, Ashmirul turut mempunyai hobi memasak dan mengemas. Singgle sulungnya yang berjudul Tunggu yang dilancarkan tahun lalu sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.
Qarl G
Mohamad Haikal Mohamad Nagib atau nama pentasnya, Qarl G berusia 27 tahun dan menjadikan pickleball serta mendaki gunung sebagai aktivitinya di masa lapang. Bercakap mengenai idola seni, dia kagumi penyanyi pop Hollywood, Ed Sheeran.
Daniel Sher
Daniel Sher memulakan perjalanannya di BSA dengan langkah kanan apabila meraih markah tertinggi di saingan minggu pertama dan kedua. Berasal dari Kluang, Johor, Daniel yang berusia 34 tahun ini pernah menyertai beberapa pertandingan realiti seperti Astro Star Quest 2015, The Voice Malaysia & Singapore 2017 dan Bintang AI@RTM 2020.
Allen Andersn
Allen Andersn atau nama sebenarnya, Joan Allan Anderson Sinapati ialah peserta yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia. Turut bergelar penyanyi, bintang berusia 34 tahun ini nyata memiliki suara unik ini dan pernah menyertai program The Voice Indonesia pada 2016. Namanya pernah viral selepas melancarkan lagu ‘cover’ Rindu pada 2024 yang dipopularkan oleh Agnez Monica.
Que
Peserta tinggi lampai berusia 26 tahun ini merupakan mahasiswa Fakulti Multimedia Kreatif di Multimedia University, Cyberjaya. Que atau nama lengkapnya Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi berasal dari Sabah dan berkebolehan dalam bermain piano. Que turut meminati muzik pop alternatif, R&B dan Indie. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia menjadikan Michael Buble dan Maroon 5 sebagai idolanya dalam muzik.
Ray-D
Baru berusia 20 tahun, Ray-D telah menunjukkan kematangannya pada minggu pertama konser BSA apabila menyahut cabaran Ray-D menyanyikan lagu Napal Baji yang dipopularkan oleh PSY. Ray-D atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir yang pernah menyertai Ceria Pop Star pada 2020 ini turut mempunyai kelebihan dari segi tarian.
Awienit
Peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut aktif bersama band yang diberi nama Latecomers sebagai vokalis sebelum menyertai BSA. Selain mempunyai hobi memasak, Awienit yang berusia 25 tahun Ini turut kagumu penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar.
Araff
Araff atau Muhammad Amirul Hasraff Mohd Pilus menunjukkan kualiti vokal yang mantap ketika membawakan lagu Nur Cinta di hadapan pencipta lagu tersebut, Edry Abdul Halim pada minggu pertama saingan. Baru berusia 19 tahun dan dilahirkan di Kedah, sinar bintang peserta ini tidak dinafikan kian menyerlah.
Kesemua 12 peserta BSA diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.
Dihoskan oleh dua pengacara terkenal dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, BSA bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater, Shah Alam selama lapan minggu setiap Ahad jam 9 malam.
Ia turut dapat ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan para penjawat awam demi memelihara kesejahteraan negara, Astro tampil dengan inisiatif istimewa iaitu ‘Tawaran Eksklusif Penjawat Awam’.
Menerusi tawaran ini, semua yang berkhidmat dalam sektor awam seperti guru, polis, tentera, serta kakitangan di jabatan dan kementerian kerajaan layak untuk menikmati pelbagai potongan harga menarik.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, inisiatif ini sebagai antara usaha Astro dalam menghargai dedikasi penjawat awam terhadap negara.
“Sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama.
“Menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai.
“Kami menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” katanya.
Pek Hiburan & Sukan Serendah RM39.99
Tawaran ini melibatkan dua pek utama iaitu Pek Entertainment Astro One dan Pek Sports Astro One yang kini boleh dinikmati pada harga lebih rendah berbanding harga asal.
Menerusi Pek Entertainment Astro One, ia boleh dilanggan dengan harga serendah RM39.99 sebulan, memberikan akses kepada lebih 100 saluran tempatan dan antarabangsa.
Antara program menarik termasuk Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun serta Astro Originals First Wives.
Sementara bagi Pek Sports Astro One pula, ia menawarkan harga serendah RM69.99 sebulan, iaitu potongan sebanyak RM30 daripada harga asal RM99.99.
Pelanggan juga boleh menonton siaran langsung seperti Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP dan banyak lagi.
Menariknya, kedua-dua pek ini turut menawarkan tontonan percuma kandungan kanak-kanak (harga asal RM9.99) dengan akses kepada enam saluran popular termasuk Cartoon Network, Nickelodeon dan CBeebies.
Daftar Sekarang, Nikmati Strim Tanpa Had
Sebagai tambahan, pelanggan turut diberikan akses percuma kepada Astro GO, membolehkan mereka menonton kandungan kegemaran secara strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Inisiatif ini bukan sekadar memberikan nilai hiburan semata-mata, malah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Astro dan komuniti penjawat awam di seluruh negara.
Para penjawat awam yang ingin menikmati tawaran terbaik ini boleh mula mendaftar untuk Tawaran Eksklusif Penjawat Awam mulai hari ini menerusi pautan rasmi: https://www.astro.com.my/penjawatawam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, To’ Puan Syamim Farid menegaskan sikap dan cara pembawakan dirinya tidak pernah berubah meskipun selepas mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.