Kebelakangan ini, nama pelakon Mawar Rashid menjadi perhatian ramai susulan penampilan terkininya yang dilihat semakin ceria dan berseri-seri.

Ketika ditemui, Mawar memaklumkan dia kini banyak memberikan fokus terhadap diri sendiri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik.

“Dulu Tengok Cermin Tak Kenal Diri Sendiri,” – Dipuji Makin Cantik, Mawar Rashid Sebak Kenang Perjalanan Hidup

“Untuk berada ditahap sekarang, ia memerlukan usaha yang sangat besar. Kepada para wanita di luar sana, jangan lupa untuk sayang diri sendiri.

“Ada kalanya kita terlampau berikan rasa kasih dan sayang kepada orang kita cinta seperti anak dan keluarga. Bila lihat ke cermin, kita tak kenal dan nampak diri sendiri.

“Saya rasa sangat penting buat para wanita yang bergelar ibu untuk beri waktu kepada diri sendiri. Saya kini rasa lebih ceria dan makin positif,” katanya kepada MH.

Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2017 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis doa selamat filem ‘Nar’Sata: Sekutu Setan’ yang di Ibu Pejabat Metrowealth, Petaling Jaya, pada Rabu.

Ads

Ibu Tunggal Perlu Kuat

Katanya lagi, dia kini mahu menjadi lebih kuat terutamanya untuk membesarkan anak-anak selepas bergelar ibu tunggal.

“Dulu Tengok Cermin Tak Kenal Diri Sendiri,” – Dipuji Makin Cantik, Mawar Rashid Sebak Kenang Perjalanan Hidup

“Ada banyak perkara yang membuatkan saya sebak. Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Setiap hari saya berjuang untuk anak-anak. Mereka penguat semangat saya.

“Bila saya lihat mereka, saya rasa boleh tempuhi segalanya. Sebab itu saya kini banyak fokus kepada diri sendiri untuk sentiasa jadi kuat,” kongsinya lagi.

Ads

Meskipun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan hidup, Mawar tetap percaya setiap ujian yang berlaku itu mematangkan dirinya dan mempunyai hikmah tersendiri.

“Dulu Tengok Cermin Tak Kenal Diri Sendiri,” – Dipuji Makin Cantik, Mawar Rashid Sebak Kenang Perjalanan Hidup

“Saya rasa itu adalah perjalanan hidup dan cara untuk saya belajar. Daripada apa yang saya lalui dalam hidup, saya kini tahu jalan mana yang perlu dipilih dan jadi insan yang lebih baik.

“Saya tak sempurna dan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Saya harap semua pihak doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pihak terutamanya keluarga dan peminat.

“Saya terharu dengan sokongan para pengikut yang banyak memberikan komen-komen positif. Saya sangat bersyukur.

“Saya tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan orang yang sentiasa dekat dengan saya seperti keluarga, anak-anak, kawan-kawan dan peminat,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk membawa haluan masing-masing November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI