Komposer dan penyanyi, Hael Husaini, 38, tidak menafikan hatinya kini sudah dimiliki.

Malah komposer lagu Bukan Lagi Kita ini juga tidak menolak kemungkinan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan peribadinya tidak lama lagi sekiranya bertemu jodoh.

“Saya memang tak ‘available’ selamanya, ya (sudah dimiliki),” katanya spontan sejurus ditanya mengenai status dirinya ketika ini.

Serah Jodoh PadaNya

Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Razmi bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lebih mengenai identiti si dia yang berjaya menambat hatinya.

“Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada Yang Berkuasa.

Ads

“Saya bila sampai masanya, insya-Allah akan terima dengan hati terbuka dan memberitahu anda semua.

“Saya tidak ada masalah untuk berkongsi, cuma bagi saya benda yang tak pasti lagi mungkin kurang enak untuk saya kongsikan,” katanya lagi.

Hael Husaini Sudah Tidak ‘Available’ Lagi – “Insya-Allah Sebab Saya Bukan Masih Berumur 18 Tahun…” Hael Husaini Sudah Tidak ‘Available’ Lagi – “Insya-Allah Sebab Saya Bukan Masih Berumur 18 Tahun…”

Percaya Rezeki

Dalam pada itu, Hael turut mengakui dia juga terbuka sekiranya bertemu jodoh dari kalangan rakan dalam industri seni.

Ads

“Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan masih berumur 18 tahun. Kalau ada jodoh dalam masa terdekat, saya okay sahaja.

“Sesiapa yang datang saya terima sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki,” katanya.

Hael berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya Last Kopek Rocketfuel Entertainment di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur.

Ads

Dalam pada itu, Hael juga memohon doa agar segala urusan berkaitan jodoh dan kehidupan peribadinya dipermudah, termasuk rakan-rakan artis lain juga yang masih solo.

“Apa-apapun doakan yang terbaik, bukan saja untuk saya tetapi untuk sesiapa sahaja rakan artis yang ingin melayari bahtera rumah tangga,” katanya.

Terdahulu, Hael pernah dikaitkan dengan beberapa gosip percintaan, termasuk dengan pasangan duet menerusi lagu ciptaannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI