Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Fahmi Bachmid, yang memaklumkan bahawa lanjutan itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Kanun Keseksaan Indonesia (KUHP) yang membenarkan penahanan disambung bagi kes jenayah berat.

“Kalau ancaman hukumannya lebih sembilan tahun, memang dibenarkan tahanan dilanjutkan. Ia berdasarkan peraturan yang sah dalam KUHP,” katanya kepada media tempatan Indonesia di kawasan Panglima Polim, Jakarta Selatan malam tadi.

Bagaimanapun, Fahmi melahirkan rasa hairan terhadap tindakan pihak berkuasa yang terus menahan anak guamnya meskipun didakwa masih tercari-cari bukti kukuh.

BACA JUGA: Nikita Mirzani Utus Surat Dari Tirai Besi – “Saya Akan Terus Berjuang Untuk Kebenaran.”

Ads

“Persoalannya kenapa masih ditahan?Kalau betul sudah ada bukti yang kuat, kenapa belum teruskan ke pendakwaan? Kenapa masih cari bukti lagi? Ini menimbulkan tanda tanya,” katanya.

Fahmi turut membangkitkan isu kesahihan bukti yang digunakan dalam laporan terhadap Nikita, yang menurutnya berpaksikan sebuah rakaman perbualan sebagai bukti yang didakwanya tidak sah dari segi undang-undang.

Ads

“Asas kepada laporan ini ialah rakaman perbualan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Rakaman itu telah saya laporkan kepada pihak polis kerana ia merupakan bukti yang tidak sah,” tegasnya.

Imbas kembali, Nikita dan Mail ditahan pada 4 Mac lalu oleh pihak penyiasat dari Direktorat Siasatan Siber Polda Metro Jaya atas dakwaan melakukan pemerasan, ugutan dan pengubahan wang haram terhadap seorang doktor estetik terkenal, Dr. Reza Gladys.

Ads

Sedikit info tentang Nikita, berusia 39 tahun kini, dia memiliki tiga orang cahaya mata. Masing masing berusia 18 tahun, 9 tahun dan 6 tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI