Ads

“Saya Hanya Jangka Naib Juara…,” – Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

Peserta Miss Universe Malaysia (MUM) 2026, Eunice Wong terharu walau mengakui tidak menyangka dirinya akan dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak acara berprestij tersebut.

Menurut Eunice, pada awalnya dia menjangkakan peserta lain seperti Sapphire Wong, yang diraslaan lebih layak untuk dimahkotakan berdasarkan prestasi yang ditampilkan sepanjang pertandingan.

Dia bagaimanapun percaya kepada rezeki dan cuba untuk menggalas status tersebut dengan sebaik mungkin.

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

Tidak Sangka Dinobatkan Sebagai Juara

“Sejujurnya, saya agak agak terkejut dan pada mulanya merasakan Sapphire yang akan dimahkotakan.

“Pada saya, dia juga sangat layak untuk meraih gelaran tersebut.

“Saya fikir saya hanya akan berada di kedudukan naib juara, namun saya amat bersyukur dengan kemenangan pada malam ini,” katanya kepada MH.

Eunice berkata demikian ketika ditemui selepas acara Grand Finale Miss Universe Malaysia 2026 yang berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Eunice turut berkongsi perancangan serta matlamatnya selepas bergelar ratu cantik negara.

Ads

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

“Setelah mendapat gelaran ini, saya melihat diri sebagai individu yang bersifat antarabangsa.

“Sebelum ini, saya sering terlibat dalam pengucapan awam di pelbagai negara khususnya berkaitan pemerkasaan wanita.

“Saya merasakan Malaysia mempunyai ramai bakat hebat, namun malangnya ada yang memilih untuk membina kerjaya di luar negara.

“Secara peribadi, saya merasakan belum banyak yang saya sumbangkan kepada negara, jadi ini adalah masa yang tepat untuk saya membalas jasa.

Ads

“Sebab itulah saya menyertai pertandingan ini untuk mewakili Malaysia ke antarabangsa,” jelasnya lagi.

Konsisten Sepanjang Pertandingan

Sementara itu, Presiden Ratu Prestigious Event Management (RPEM), Ayu Omar menegaskan bahawa setiap peserta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Bagaimanapun, pemilihan pemenang dibuat berdasarkan prestasi yang ditampilkan sepanjang pertandingan.

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

"Saya Hanya Jangka Naib Juara...," - Eunice Wong Tak Sangka Jadi Juara, Raih Makhota Miss Universe Malaysia 2026!

Ads

“Setiap peserta mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, kita semua bukanlah manusia yang sempurna.

Anda mungkin berminat dengan

“Namun jika dilihat dari segi konsistensi, Eunice Wong menunjukkan prestasi yang tidak pernah merosot sejak sesi uji bakat sehingga ke hari ini.

“Sepanjang minggu pertandingan juga, dia sangat komited dan berdisiplin.

“Justeru, kami percaya dia sememangnya layak untuk dimahkotakan pada malam ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Eunice Wong telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 selepas menewaskan 12 finalis lain dalam pertandingan tersebut.

Kejayaan itu menyaksikan Eunice dimahkotakan dengan gelaran ‘Star of the East’, sekali gus bakal menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe 2026 di Puerto Rico pada November depan.

Selain gelaran utama, Eunice turut meraih Social Media Award, Social Media Impact, Darling of the Crown serta Malaysian Choice Award.

Turut bersaing ialah Sapphire Wong yang diumumkan sebagai naib juara pertama, diikuti Amreet Kaur di tempat ketiga serta Emanuelle Mah di kedudukan keempat.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zila Bakarin Ulas Isu Squishy RM12,000, Enggan Lagi Panjangkan Cerita –...

Pelakon, Zila Bakarin menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai niat untuk menghina atau mengkritik tindakan pempengaruh, Abiejam yang didakwa berbelanja sehingga RM12,000 semata-mata untuk membeli permainan squishy.