
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana, aksesori sehinggalah bunga tangan, semuanya cukup eksklusif.
Saat majlis respsi selepas pernikahan, Luna tampil Anggun mengenakan busana gaun labuh kembang lengan panjang dengan leher boat neck rekaan Yefta Gunawan siap dengan perhiasan mewah Bvlgari.
Namun satu perincian yang menarik perhatian ramai adalah bunga tangan yang dipegang pelakon berusia 41 tahun itu.
Menampilkan karangan bunga Lily of The Valley yang cukup mahal harganya, menurut penjual bunga berpusat di Jakarta, Emmy, menerusi muat naik TikToknya yang tular kini, bunga tangan yang dihasilkan menggunakan bunga tersebut boleh mencecah harga sebuah motosikal.

Jadi tidak hairanlah jika bunga ini menjadi pilihan golongan bangsawan seperti Grace Kelly dan Kate Middleton dan selebriti terkenal Korea seperti Song Hye Kyo dan Park Shin Hye di hari pernikahan mereka.
BACA JUGA: Siapa Maxime Bouttier? Ini 8 Fakta Menarik Suami Luna Maya
Berikut adalah simbolik dan makna di sebalik bunga yang sangat mahal ini.
Kesucian dan Ketulusan
– Bunga ini melambangkan cinta yang suci dan hati yang tulus. Ia sesuai sebagai simbol ikatan dua jiwa yang bersatu dalam kasih yang bersih dan murni.
Kembalinya Kebahagiaan
Dalam bahasa bunga, Lily of the Valley bermaksud “the return of happiness” – seolah-olah membawa semula kebahagiaan ke dalam hidup, simbolik permulaan hidup baru yang penuh harapan dan cinta.
Kerendahan Hati & Kelembutan
– Walaupun bunganya kecil, baunya sangat harum dan kehadirannya menawan. Ia mewakili sifat rendah hati dan kelembutan dalam perhubungan, dua nilai penting dalam rumahtangga.
Tuah Dalam Cinta & Kehidupan
– Menurut kepercayaan lama, bunga ini membawa tuah dalam percintaan dan kesuburan – satu doa halus untuk masa depan yang penuh berkat.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI