Pelakon Amyra Rosli tidak menafikan dia mendapat kekuatan dalam merelakan pemergian suami, aktor Amar Baharin menyertai misi kayuhan ke Tanah Suci, selepas mendapat sokongan penuh daripada keluarga, terutama ibunya.
Malah, semangat berkobar Amar juga turut memberi keyakinan sama terhadapnya.
“Bila Amar kuat, saya pun akan kuat. Keluarga juga menjadi sumber kekuatan saya. Kata ibu, Amar pergi untuk melakukan perkara baik. Kenapa pula nak rasa terlalu sedih?
“Jadi setiap hari saya memang luang masa bersama keluarga. Tidaklah saya berasa kosong. Walau macam mana pun, saya tetap kena jadi kuat,” katanya kepada MH.
Amyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Bulanku nyanyian Wanns Ahmad di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu tampil sebagai pelakon utama dalam muzik video single berkenaan.
Ads
Reda, Namun…
Walaupun Amyra reda dengan pemergian suami tercinta demi tujuan mulia, namun jauh di sudut hati, dia tidak dapat menafikan perasaan bimbang ada ketika menyelubungi diri.
“Memang saya reda dan ikhlas melepaskan Amar berkayuh. Kita akan berjumpa lagi nanti. Namun, jauh di sudut hati saya, saya takut jika umur tidak panjang antara kami.
“Itu yang menyebabkan saya mengalir air mata. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. InsyaAllah andai ada jodoh, saya mahu berjumpa dengan Amar lagi.
“Saya selalu berpesan kepada Amar untuk jaga kesihatan, pemakanan dan jangan terlalu memaksa diri,” katanya sebak.
Ads
Terus Kuat Demi Anak-Anak
Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan keadaan terkini suaminya, yang berlepas ke Iran malam ini selepas berada di Bangkok.
Perubahan laluan dibuat memandangkan India dan Pakistan kini berada dalam situasi bergolak.
“Ketika ini (ketika sesi temubual), Amar masih lagi di Bangkok dan dia akan berlepas ke Iran malam ini. Dia terpaksa menaiki penerbangan kerana negara India dan Pakistan sedang bergolak.
“Jadi, waktu saya dan Amar akan berbeza. Jika di Thailand, tidaklah rasa sangat perbezaan waktunya. Kini, saya hanya menantikan keadaan seterusnya nanti,” jelasnya.
Ads
Pada masa sama, pelakon drama Nur ini bersyukur kerana sempat bertemu suami di Hatyai, Thailand baru-baru ini.
“Kami ada bertemu di Hatyai. Keadaan Amar sangat okay. Tak nampak penat langsung. Dia gembira. Mungkin ada video yang saya menangis. Itu lumrah perasaan isteri.
“Bila saya nampak kekuatan dan semangat Amar yang tiada masalah, saya pun kena jadi begitu juga. Lagipun, saya ada anak-anak yang perlu dijaga di sini.
“Kalau bersedih, saya tidak akan dapat apa-apa. Lebih baik saya gembirakan diri dan terus tunjukkan sokongan kepada Amar,” katanya.
Untuk rekod, Amar Baharin kini dalam misi kayuhan ke Mekah yang dijangka mengambil masa sekitar tiga bulan.
Selepas menyerahkan salah seorang anak angkatnya, Qayyum beberapa hari lalu kepada ibu kandung, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan dia ada menerima teks peribadi yang ingin memberi anak angkat kepadanya untuk dijaga.
Perkara tersebut didedahkan isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri itu menerusi Instagram baru-baru ini.
“Banyak sangat yg DM saya nak bg anak….maaf ya semua saya bukan x nak…tapi saya serik.
“Sebab yg bagi sebelum2 ni mcm nak ambik kesempatan pada saya je…Dari si budak aliff tu sampai yg ni semua ada udang sebalik batu…….mudah kesian,mudah percaya cerita reka2…bawa tinggal rumah tapi x susah mana pun,” tulisnya.
Pada masa sama, Shahida turut menjelaskan jika hanya mahu mengambil kesempatan, apa yang dibuat pasti tak akan kekal lama.
“Dengan niat nak ambik kesempatan mmg x lama…..Saya banyak dah nampak hikmah nya setelah Qayyum diambil,”
“Sebenarnya bukan dugaan tapi byk kebaikan nya yg saya x nampak sebelum ni…Mudahan Allah selalu lindungi saya sekeluarga dari niat2 yg x baik,” kongsi Shahida yang turut memberi pesan kepada sesetengah ibu bapa.
“Kalau boleh jgn lah bagi2 anak kita pada orang,usaha jaga sendiri..kalau asyik bagi orang je nanti jadi lagi dan lagi berulang sebab senang je megandung bagi pastu megandung lagi bagi lagi,” akhiri Shahida.
Posting berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai netizen.
Setelah berhempas pulas bersaing dengan 10 finalis lain selama seminggu, akhirnya finalis kelahiran Johor Bahru, Aqila Afindi dinobatkan selaku juara bagi program Pencarian Wanita Melayu 2022.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aqila membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000, sebentuk tiara, trofi serta hadiah-hadiah lain sumbangan penaja.
Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi pula diraih peserta berusia 26 tahun, Nur Athiyah Hazirah.
Begi melengkapkan kedudukan, finalis, Siti Aishah diumumkan selaku pemenang tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta trofi.
Tiga pemenang teratas ini juga akan membawa pulang Diamond Pendant daripada penaja utama, Habib.
Pada acara kemuncak ini, pihak penganjur turut menyediakan dua anugerah khas iaitu Miss Photogenic serta Miss Personality yang masing-masing dimenangi finalis Nur Diana Seri Tunteja dan Sabrina Nizam.
Kedua-dua mereka menerima hadiah RM1,000 beserta trofi.
Kesemua hadiah disampaikan oleh Ikon Pencarian Wanita Melayu 2019 yang juga merupakan pelakon, Aini Sophie.
Acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu yang kini memasuki edisi ke-7 itu telah dijurikan oleh penyanyi, Mas Idayu, pelakon, Vanidah Imran, Penysarah Fesyen UiTM, Faizal Hamid, Pengarang Urusan Majalah Nona, Kiffy Razak dan Azura Mokhtar selaku Pengurus Kanan Plaza Shah Alam.
Program yang berlangsung di Plaza Shah Alam ini telah dihoskan oleh gandingan selebriti Fahrin Ahmad dan Amy Nur Tinie.
Pada acara kemuncak ini, kesemua 10 finalis harus menempuhi dua pusingan iaitu persembahan bakat dan sesi soal jawab.
Sekadar informasi, sepanjang seminggu lalu, kesemua finalis telah berkampung di Plaza Shah Alam dengan beberapa aktiviti telah disusun seperti penjagaan etika, perunding imej, grooming, solekan, kebolehan memasak dan aktiviti bersama penaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Pencarian Wanita Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz akhirnya mengakui hubungan cinta yang disemai bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Yasser Khan sudah putus.Meski tidak mendedahkan tarikh dirinya putus kasih, namun bintang itu mengakui ia terjadi tahun lalu selepas lebih enam tahun menyulam cinta bersama.
Menyifatkan ada yang berlaku adalah suatu hal yang personal untuk dikongsi, Azira bagaimanapun mengakui pada masa ini dia hanya mahu memikirkan soal kerjaya dan punca perpisahan juga bukanlah kerana orang ketiga.
“Mana tahu saya ada cinta baru? Tidak adalah…Saya single dan ‘available’, kalau ada jodoh tak ke mana. Cuma ya, saya baru saja putus cinta, dalam tempoh terdekat, tahun lalu. Mungkin tak ada jodoh.”Buat masa sekarang saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan kalau kami masih ada jodoh selepas ini, kita akan ke langkah seterusnya. Lagipun, kami putus bukan atas perasaan benci,” jelas Azira.Malah, dia turut memaklumkan keputusan yang diambil adalah demi kebaikan keduaya.”Tetapi ini atas persetujuan bersama, saya mahu fokus kepada kerjaya dan bukan kerana kurang memahami satu sama lain. Cuma mungkin saya dan dia mahukan perkara berbeza.“Dia pun sangat menyokong dan memahami kerjaya saya, cuma mungkin masa tak menentukan untuk kami bersama. Masing-masing ada misi sendiri. Bukan sebab orang ketiga atau apa. Memang kami yang ambil jalan ini,” katanya lagi kepada MH. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasihnya kini, pelakon Seribu Rindu itu menjelaskan dia masih lagi baik dan berhubung dengan lelaki berkenaan.”Kami tidaklah bergaduh, masih juga berjumpa seperti biasa kalau berkelapangan. Baru-baru ini pun dia ada raikan hari jadi inu saya.“Dia sudah rapat seperti keluarga,” kongsi Azira yang turut berbesar hati kerana De Fam dipilih menyanyikan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke33, Februari depan.
Foto: Instagram Azira Shafinaz dan carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...