
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.
Menurut Fasha, meskipun sudah lama tidak berjumpa, namun dia dan Maya kerap berhubung menerusi media sosial.
“Sejak 2001 sudah tidak selalu berjumpa. Saya pun sudah lama tidak pergi ke Jakarta dan dia pun tak datang KL.
“Tapi kami selalu berhubung. Saya gembira bila dia ingat saya untuk hari bersejarahnya.
“Dia selalu cakap, entah bila dia akan berkahwin tapi alhamdulillah jodoh ini rahsia Allah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Mami Kembali itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories, pada Rabu.
Imbas Memori, Terharu Diingati
Dedikasi yang dititip Fasha turut memaparkan foto-foto lama mereka berdua.
Jelasnya lagi, dia turut berbesar hati apabila berpeluang menyaksikan perjalanan hari bahagia itu selain sempat bertemu dengan Maya ketika acara makan malam.
“Paling penting, saya sangat berbesar hati dapat jadi sebahagian dariapada hari bersejarahnya. Semua majlis dia jemput daripada nikah sehingga bersanding.
“Namun, masa hanya mengizinkan kita makan malam bersama. Ini pun jenuh pujuk anak-anak semua merengek nak ikut. Sekolah tak boleh ponteng,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Fasha turut mengajak para pengikutnya untuk mendoakan semoga Luna dan suami segera dikurniakan cahaya mata.
“Jom pengikut saya tolong doakan Luna cepat-cepat dapat baby. Katanya, itu harapan utamanya selepas ini. Langsung mahu cepat hamil,” kongsinya.
Terdahulu, Fasha menarik perhatian ramai apabila menjadi antara artis Malaysia yang diundang ke majlis pernikahan dan perkahwinan Maya dan suami, Maxime Bouttier pada Rabu.
Selain Fasha, selebriti Malaysia yang dijemput termasuk penyanyi, Nabila Razali yang hadir bersama suami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI