
EMT Ventures Sdn Bhd mengumumkan penganjuran Malika Mega Music Festival 2025 yang akan berlangsung pada Sabtu, 31 Mei 2025 di MAEPS Serdang, Parking 1A.
Meneruskan kejayaan acara-acara terdahulu seperti Kulit Wayang Cultural Run dan pelancaran filem yang digabungkan dengan Fun Run serta Karnival 2 hari sebelum ini, EMT Ventures kini membawakan sebuah festival muzik yang lebih meriah dan berskala besar.
Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti SSION Sdn Bhd, Mega Media Marketing & Management Sdn Bhd, Surewin Entertainment Sdn Bhd dan ramai lagi.
Gabungan Muzik, Budaya & Kreativiti
Festival ini bukan sekadar menyajikan persembahan daripada barisan artis terkenal tempatan dan serantau, tetapi turut mengetengahkan Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malika.
Ia dilihat sebagai satu inisiatif dalam usaha memartabatkan warisan budaya Melayu menerusi elemen tarian tradisional dan moden yang bersemangat.
“Malika Mega Music Festival 2025 ialah acara pertama kami yang mempersatukan muzik dan budaya dalam satu platform.
“Kami komited untuk mencipta pengalaman yang penuh warna-warni dan berkesan, serta memberi peluang kepada generasi muda untuk mengekspresikan kreativiti mereka,” kata wakil penganjur menerusi satu kenyataan.
Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Bunkface, OAG, Krusty, Steeltoe Solutions, Conflict Crisis, Iqbal M dan No Good. Acara ini akan dikendalikan oleh Kelly Azman selaku pengacara utama.
Persembahan Eksklusif, Tiket Laris!
Lebih menarik, festival ini bakal menyaksikan kemunculan istimewa kumpulan terkenal dari Indonesia, Nidji yang sinonim dengan lagu-lagu hits dan persembahan bertenaga. Mereka akan turut disertai oleh beberapa artis popular lain dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Festival bermula seawal jam 2 petang hingga lewat malam, manakala Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malikapula akan berlangsung pada waktu pagi, memberi ruang kepada pelajar dan komuniti mempersembahkan kreativiti mereka melalui gabungan budaya dan tarian kontemporari.
Tiket untuk menyertai festival ini bermula pada harga RM108 (Tiket GA) dan RM168 (Tiket VIP). Menurut penganjur, lebih 500 tiket awal telah habis terjual, membuktikan sambutan luar biasa terhadap festival ini.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi @MalikaMusicFest serta platform rasmi Ticket Empire dan Ticket Melon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI