Penyanyi tersohor Jaclyn Victor akhirnya mengesahkan pernikahannya dengan pensyarah, Dr. Calvin T. Samuel, pada malam Ahad lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, juara All Stars Gegar Vaganza itu menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada pereka duo, Rizman Ruzaini yang mereka busana perkahwinannya pada malam bahagia itu.

“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan betapa dalamnya rasa syukur ini. Saya hanya ingin ucapkan terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kepada Rizman Ruzaini.

“Suami saya sendiri menitiskan air mata apabila melihat saya memakainya buat kali pertama dan gaun resepsi saya pula membuatkan saya rasa seperti seorang permaisuri,” tulisnya.

“Sopannya Baju You,” – Jaclyn Victor Baru Sahkan Berita Kahwin, Netizen Kekal Puji Busana Cantik Yang Elegan & Tertutup“Sopannya Baju You,” – Jaclyn Victor Baru Sahkan Berita Kahwin, Netizen Kekal Puji Busana Cantik Yang Elegan & Tertutup“Sopannya Baju You,” – Jaclyn Victor Baru Sahkan Berita Kahwin, Netizen Kekal Puji Busana Cantik Yang Elegan & Tertutup

Ads

Persahabatan Dua Dekad Diabadikan

Jac pada masa sama mengimbau persahabatan lebih 20 tahun bersama Rizman dan Ruzaini yang benar‑benar memahami cita rasanya.

“Terima kasih atas persahabatan selama lebih 20 tahun. Kamu berdua tahu dengan tepat apa yang sesuai dengan saya dan tahu apa yang perlu direka untuk hari istimewa kami!

“Sayang kamu berdua sangat‑sangat. Sut pengantin Calvin pula memang terletak elok sempurna! Serius, memang ngam sangat!,” luahnya lagi.

Terdahulu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur, disaksikan keluarga dan rakan rapat termasuk Liza Hanim, Datuk Ramli MS, Shila Amzah dan Anuar Zain.

Ads

Netizen Kekal Memuji Busana Sopan

Selain momen indah majlis, gaun sopan Jaclyn juga pantas mencuri sorotan warganet menerusi hantaran berkenaan yang sudahpun menerima lebih 17,000 tanda suka itu. Antaranya;

“Sesungguhnya aku malu tengok dress Jac yang sopan berbanding wedding dress artis Muslim yang terdedah.”

“Wah so magical… definitely looks so dreamy.”

Ads

“Cantik dan sopan sangat‑sangat baju. Tahniah.”

Malah ada juga yang menyenangi sikap Jac yang tidak terlalu menghebohkan detik bahagianya secara keterlaluan.

Perkahwinan ini menjadi lembaran baharu buat ibu kepada Jonah Joshiah, 10, dan Molly Marguerite, 8, ini selepas kehidupan terdahulu bersama Shawn Rivera berakhir pada 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI