
Seorang pempengaruh media sosial yang popular di TikTok dikenali sebagai CEO Batu kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar lucah kepada seorang gadis berusia 14 tahun.
Menurut laporan daripada Harian Metro, individu berusia 22 tahun itu terlebih dahulu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada hari sebelumnya dan telah direman hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih mendalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut.
Sebelum ini, tular beberapa tangkap layar yang didakwa merupakan perbualan antara pempengaruh itu dan seorang remaja perempuan bawah umur yang memaparkan gambar-gambar lucah.
Tangkap layar yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @capricedaddycap mendedahkan perbualan yang dipercayai antara pempengaruh tersebut dan remaja yang dikenali sebagai Isha.
View this post on Instagram
Dalam perbualan tersebut, remaja itu bertanya tentang kemungkinan untuk berkolaborasi dalam penghasilan kandungan, yang kemudian diteruskan melalui aplikasi WhatsApp.
Gambar lucah didakwa dihantar selepas pempengaruh terbabit mula memulakan perbualan dengan tujuan menunjukkan parut pada tubuhnya kepada remaja tersebut.
Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI