
Walaupun sudah lebih lapan tahun menetap di kediaman mewah miliknya, namun rumah agam milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri masih tetap menjadi sorotan warganet.
Lebih-lebih lagi bila bapa kepada enam cahaya mata itu mendedahkan, dia perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung pelbagai komitmen tetap berkaitan kediamannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu.
Tambah Aliff, jumlah tersebut merangkumi kos bil elektrik, penyelenggaraan kolam renang serta bayaran gaji kepada 12 orang pekerja, termasuk pembantu rumah, tukang kebun dan pengawal keselamatan.
Ketahui 10 fakta menarik mengenai rumah agam milik Aliff, berdasarkan pendedahan terbaharunya ini;
Komitmen Bulanan Tinggi
Aliff memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung kos penyelenggaraan rumah agamnya.
Saiz & Struktur Rumah
Rumah tersebut berkeluasan 28,000 kaki persegi dengan 28 bilik, namun hampir 70 peratus daripadanya tidak digunakan bagi menjimatkan kos.
Kos Penyelenggaraan
Antara kos utama adalah untuk bil elektrik, selenggara kolam renang, gaji 12 orang pekerja termasuk pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan.
Melibatkan Empat Lot Banglo
Kediamannya terdiri daripada empat lot banglo yang dijadikan tempat tinggal bersama keluarga.
Ubah Suai Bernilai Jutaan Ringgit
Sejak mendiami rumah tersebut hampir lapan tahun lalu, lebih RM3 juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih seperti lampu, paip, tandas, dan mozek.
Kos Mengecat Rumah Cecah RM300,000
Aliff berkongsi bahawa hanya untuk mengecat rumah tersebut sudah menelan kos RM300,000.
Bulanan Penyelenggaraan Mencecah RM500,000
Setiap bulan, Aliff perlu menyediakan antara RM300,000 hingga RM500,000 untuk pelbagai kos penyelenggaraan dan pembaikan rumah.
Perasaan Diami Rumah Terlalu Besar
Jika diberi pilihan semula, Aliff lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil kerana tidak menyangka komitmen besar yang perlu ditanggung.
Kesedaran Selepas Memiliki
Dahulu beliau menyangka rumah besar boleh menjadi simbol kejayaan, namun selepas memilikinya, barulah sedar beban yang datang bersama.
Pesanan Buat Anak Muda
Aliff menasihatkan generasi muda agar tidak hanya memikirkan harga rumah, tetapi turut mengambil kira kos penyelenggaraan jangka panjang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Sebab ramai yang nak tahu kan!? Kita tanyakan. Dan semua pasti faham pendirian Datuk Seri Aliff Syukri seisi keluarga memang otak bisnes! Lebih lapan tahun diami mahligai 28 buah bilik, Aliff maklumkan dia memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung pelbagai kos tetap termasuk bil elektrik dan selenggara kolam renang. Ia termasuk membayar gaji 12 pekerja yang terdiri daripada pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan. Nganga kita hat dengar pun! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Healing flute music in a calm forest atmosphere(1386794) – Tata Yamashita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI