Susulan kejayaan filem Blood Brothers meraih jumlah kutipan lebih RM70 juta setakat ini, pelakon Andy Teh tidak mahu terlalu memikirkan soal bonus.

Sebaliknya, dia mahu namanya diingati seterusnya terpahat di dalam sejarah.

Menurut Andy, dia juga optimis filem itu mampu menyayingi filem Mat Kilau yang kini berada ditangga teratas filem tempatan terlaris sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM97 juta.

“Saya Nak Nama Terpahat Dalam Sejarah,” – Andy Teh Tak Fikir Soal Bonus, Optimis Blood Brothers Mampu Kejar Mat Kilau

“Siapa sahaja yang nak menolak bonus? Ia rezeki tambahan buat kita. Namun, saya berkecimpung dalam dunia lakonan ini bukan kerana bonus.

“Saya mahu nama saya menjadi sebahagian daripada sejarah. Bukan mudah nak mencapai angka RM100 juta itu. Kita nak kejar filem Mat Kilau.

Ads

“Bloodbrothers kini menjadi antara filem yang paling hampir untuk mencapai tahap itu. Saya merasakan peluang itu ada. Sebab itu juga kami all out mengadakan promosi untuk filem ini,” katanya kepada MH.

Andy berkata sedemikian ketika menjadi salah seorang tetamu jemputan untuk program Borak Popcorn Ideaktiv, baru-baru ini.

Blood Brothers Buka Rezeki Lain

Andy turut menyifatkan filem Blood Brothers telah menaikkan namanya seterusnya menarik minat produksi luar.

“Saya Nak Nama Terpahat Dalam Sejarah,” – Andy Teh Tak Fikir Soal Bonus, Optimis Blood Brothers Mampu Kejar Mat Kilau

Ads

“Saya anggap filem Bloodbrothers ini menjadi batu loncatan untuk kerjaya saya sebagai pelakon. Saya hanya buat yang terbaik dan mahu melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Saya juga ada mendapat dua tawaran daripada produksi Hong Kong. Ketika ini, segalanya masih diperingkat perbincangan.

“Saya harap impak daripada filem Bloodbrothers dan drama First Wives ini akan membawa saya menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Andy teruja dengan sokongan yang ditunjukkan peminat lebih-lebih lagi sepanjang tayangan filem Blood Brothers.

Ads

“Saya Nak Nama Terpahat Dalam Sejarah,” – Andy Teh Tak Fikir Soal Bonus, Optimis Blood Brothers Mampu Kejar Mat Kilau

“Saya tak sangka watak Pablo ini mendapat sambutan luar biasa. Watak saya hanya sampingan. Saya sangat teruja dan bersyukur bila ada yang sanggup tunggu di mall. Mereka sangat ramai.

“Ada yang sanggup berlari turun tangga sebab nak kejar kami dari lift. Terima kasih kerana berikan sokongan yang padu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Andy Teh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI