Personaliti tv dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, 44 tahun, telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang selepas enam tahun berusaha gigih.

Kim yang terkenal dengan aktiviti seni dan perniagaannya, mengambil jalan yang tidak konvensional dalam menimba ilmu undang-undang apabila tidak mengikuti kursus di universiti undang-undang biasa.

Sebaliknya, beliau menyertai program latihan perundangan sebagai perantis di sebuah firma guaman di San Francisco, California.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Kim berkongsi bahawa perjalanan menuntut ilmu ini bukanlah mudah dan mengambil masa lebih lama daripada jangkaan asal.

Kongsinya, sepanjang tempoh pengajian, beliau mengalami pelbagai cabaran termasuk rasa ragu, air mata, serta kegembiraan apabila berjaya menguasai subjek yang pada awalnya menakutkan.

Ads

“Enam tahun lalu, saya memulakan perjalanan yang tidak konvensional untuk mengejar impian menjadi seorang peguam. Ia bukan mudah dan mengambil masa yang lebih lama daripada yang dirancang, tetapi saya tidak pernah berputus asa,” tulisnya.

Ikut Jejak Ayah, Kim Kardashian Berjaya Tamatkan Pengajian Undang-Undang Selepas Enam Tahun Berusaha

Ads

Walaupun tamat pengajian, Kim masih perlu menduduki peperiksaan kelayakan untuk membolehkan beliau berdaftar dan mengamalkan profesion guaman secara rasmi.

Dalam masa yang sama, Kim tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada individu yang banyak membantu dan membimbingnya sepanjang perjalanan ini, antaranya Van Jones yang memperkenalkan beliau kepada program tersebut, serta mentor-mentornya, Jessica Jackson dan Erin Haney.

Ads

“Terima kasih juga kepada Sam Farkas dan Chuck Shonholtz yang sanggup meluangkan masa tanpa jemu untuk membantu saya mencapai kejayaan ini,” tulisnya lagi.

Kim mengakui pengalaman ini memberikan pengajaran yang amat bermakna dan akan sentiasa dibawa bersama sepanjang hayatnya. Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menyambut kejayaan dan ketabahan sebagai titik permulaan yang baru.

Menariknya, kejayaan Kim ini turut mengimbas kembali sejarah keluarganya, di mana mendiang bapanya, Robert Kardashian, dikenali sebagai seorang peguam yang berwibawa pada hayatnya.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI