Perkongsian aktres Rita Rudaini, mengenai gaya ulang kaji anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, menerusi laman Instagram telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik, Rayyan kelihatan sedang menghafal pelajaran dengan tekun.

Bagaimanapun beberapa ketika kemudian, dia dilihat tenang mengisi masa dengan bermain bersama kucing peliharaan.

Oh macam-macam cara belajar. Dah macam bercakap sorang-sorang.

“Tak sampai 30 minit, dia pergi kacau kucing pula. Lepas tu, buku tu tinggal atas meja,” tulis Rita ringkas pada ruangan kapsyen.

Rutin belajar Rayyan yang kelihatan santai namun tersusun ini nyata mendapat pujian ramai.

Tidak hanya mendapat sokongan dan doa daripada wargenat, malah hantaran tersebut turut menggalakkan ibu bapa lain untuk berkongsi gaya pembelajaran anak-anak yang pelbagai dan unik.

Ads

Alhamdulillah good luck Airit. Iman dikekal tenang, ibu yang risau. Adudu anak.”

Ya Allah… sama lah yang bujang kat rumah ni. Dia hanya boleh ngadap 10 minit je buku. Lepas tu dia akan tiba-tiba rajin buat benda lain.”

Masya-Allah bagusnya. Semoga berjaya, bahagia dengan mommy dunia dan akhirat.”

Kami doakan Rayyan dan Arjuna berjaya dunia dan akhirat, amin.”

Moga Rayyan & Rita sekeluarga sentiasa dalam dakapan rahmat Allah dunia akhirat.”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Teknik Psikologi Yang Terbukti Berkesan

Antara ratusan komen yang ditinggalkan, satu komen daripada kaunselor terkenal, Coach Azizul, turut mendapat perhatian.

Menurut Coach Azizul, kaedah ulang kaji yang diamalkan Rayyan sebenarnya bertepatan dengan satu teknik psikologi pembelajaran yang terbukti berkesan.

Konsep yang anak puan belajar adalah Teknik Jeda yang diperkenalkan oleh Prof Dr Marthy Lobdel. Untuk belajar berjam-jam, pelajar hendaklah berhenti 5 minit selepas 30 minit belajar untuk rehat seketika bagi recharge otak yang telah digunakan.

Ads

Rehat sekejap digunakan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, selepas itu sambung semula study dan seterusnya berhenti lagi selepas 30 minit. Kaedah ini amat berkesan dalam proses pembelajaran kendiri anak-anak,” jelasnya.

Teknik tersebut bukan saja membantu meningkatkan fokus, malah memberi ruang kepada pelajar untuk mengurangkan tekanan semasa belajar, menjadikan proses ulang kaji lebih berkesan dalam jangka masa panjang.

Anak Cemerlang Akademik & Kokurikulum

Untuk rekod, Rayyan merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam program Ulul Albab dan pernah beberapa kali menerima Anugerah Kecemerlangan.

Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, Rayyan juga menyerlah dalam bidang sukan apabila berjaya memecahkan beberapa rekod dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam sebelum ini.

Sehingga kini, perkongsian Rita telah menerima hampir 23,000 tanda suka dan disusuli dengan beratus komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Anak yang hebat! Tak hairanlah sekiranya kecemerlangan akademik & sahsiah dua ‘hero’ pelakon Rita Rudaini sering menjadi sorotan warganet. Rupanya begini cara belajar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15. Ramai yang memuji dan tak kurang ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman melihat pengorbanan anak dalam mengulang kaji pelajaran. Moga misi kecemerlangan anak-anak muda kita terus dipermudah, amin! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI