
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian warganet apabila video kandid dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Eyka Farhana dan Akhyar Rashid di Langkawi baru-baru ini mencetuskan tular.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu, rata-rata netizen mula membuat spekulasi Watie kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya bersama Shuib.
Pelbagai Spekulasi Netizen
Dalam video tersebut, Watie dilihat memakai busana rona ungu cair yang didakwa memperlihatkan sedikit perubahan fizikal pada bahagian perutnya, seolah-olah ‘baby bump’.
Ada netizen yang memenuhi ruangan komen dengan spekulasi mengenai kehamilan, malah ada juga yang menitipkan doa agar semuanya dipermudahkan sekiranya benar Watie kini sedang berbadan dua. Antaranya;
View this post on Instagram
“Macam pembawakan baby boy ni sebab berseri-seri. Cantik mommy.”
“Semoga Allah permudahkan urusan Watie. Allah lindungi baby dalam kandungan. Hati-hati selalu. Jangan lasak-lasak okey.”
“Masya-Allah. Moga yang baik-baik je untuk mummy. Moga Allah selalu lindungi mummy.”
“Take care Mommy. Jangan catwalk sangat.. ghisau kita.”
“Cutenya baby bump. Semoga dipermudahkan…Congrats.”
“Masa kita pregnant baby boy berseri-seri muka macam Watie lah. Hmm adakah boy?”
Menariknya, Shuib sendiri turut meninggalkan komen berseloroh di hantaran tersebut dengan menulis;
“Banyak sangat makan ni sayang daddy ni.”
Perkahwinan Kedua Shuib
Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Selepas pemergian Siti Sarah pada Ogos 2021 akibat komplikasi Covid-19, Shuib mengumumkan perkahwinannya dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Putra Glass Hall, Putrajaya.
Pasangan bagaimanapun tidak pernah berahsia mengenai keinginan mereka untuk menambah cahaya mata.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI